Kami bertemu di KLCC. Tempat pertama yang menjadi pertemuan kami dahulu. Amir masih tidak berubah. Dia yang memakai t-shirt kelabu dilapisi kemeja berwarna biru dan berseluar hitam datang menghampiriku yang sedang meninjau mencari-carinya.
“Hai, Maya,”tegurnya.
“Hai, sorryla lama tunggu. Ada kelas tadi. Nie pun habis kelas terus datang sini,”terangku tanpa dipinta.
Dia menganggukkan kepala, namun kutahu dia tidak mengambil hati dengan kelewatanku itu. Lagipun dia bukanlah orang yang mudah berkecil hati.
“Erm, jom pergi makan dulu. Amir belanja,”katanya, menarik tanganku.
Aku menarik lembut tanganku dari pegangannya. Dia memandangku, namun hanya membiarkan sahaja perlakuanku itu. Kami berjalan beriringan ke restoran makanan segera yang berdekatan. Restoran yang biasa kami kunjungi sewaktu kami datang ke sini dahulu.
oh my pretty pretty boy i love you
like i’ve never ever loved no one before you
pretty pretty boy of mine
just tell me you love me too
oh my pretty pretty boy i need you
oh my pretty pretty boy i do
let me inside make me stay
right beside you
Lagu Pretty Boy masih berkumandang di segenap ruang restoran ini. Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan dengannya. Amir juga hanya diam sedangkan dia yang beria-ia mengajakku bertemu dengannya.
Tiba-tiba dia tersenyum memandangku. Aku yang tidak mengerti mengangkatkan kening ke arahnya.
“Lagu ni. Setiap kali kita datang makan kat sini, mesti ada lagu ni. Hari ni pun sama,”terangnya.
Aku hanya mengangguk, mengiakan.
Selepas makan kami berjalan-jalan di taman KLCC. Setelah agak lama berjalan dia mengajakku duduk di sebuah kerusi yang terdapat di bawah sepohon pokok di situ dan aku hanya menurutinya tanpa banyak bicara.
“Amir, awak ajak saya keluar untuk jalan-jalan je ke? Dari tadi awak takde cakap apa-apa pun,”kataku setelah kami duduk.
“Bukan takde apa-apa nak cakap. Cuma Amir tak tau macam mana nak mulakan,”luahnya.
“Cakap ajela. Saya tak boleh balik lambat sangat sebab esok saya ada kelas lagi,”kataku, jujur.
Kulihat Amir melepaskan keluhan perlahan. Sedangkan selama aku mengenalinya, jarang sekali dia mengeluh. Aku merenung wajahnya yang sekian lama tidak aku tatapi. Tidak banyak yang berubah, hanya terdapat sedikit garis-garis kekeliruan di wajahnya. Kekeliruan yang aku sendiri sukar untuk menafsirkannya.
Aku mengalihkan pandanganku apabila dia tiba-tiba memandang ke arahku. Agak tersentak kerana sudah hampir setahun dia tidak memandangku sebegitu. Getaran yang mula wujud di hati kuselindungkan dengan sebuah senyuman.
“Tak nak cakap lagi ke?”tanyaku, apabila dia masih berdiam.
“Amir langsung dah takde tempat dalam hati Maya ke?”tanyanya, membuatku terdiam.
“Kalau Amir ada buat salah, boleh tak Maya bagitau apa salah Amir sebenarnya? Amir dah cuba cari salah Amir dalam masa setahun nie, tapi tak dapat. Amir nak Maya sendiri bagitau Amir,”katanya sambil memandangku.
Entah mengapa, terbit rasa sebak di hatiku. Namun, kutahankan air mata yang hampir menitis kerana tidak mahu dia melihatnya.
“Maya,”ujarnya, sambil menyentuh tanganku.
Entah mengapa, kubiarkan sahaja perlakuannya kali itu. Aku ingin sekali meluahkan apa yang telah terbuku di hatiku sekian lama namun aku tidak mempunyai kekuatan untuk meluahkannya.
“Amir, maafkan saya. Saya tak tau macam mana nak cakap,”kataku, tersekat-sekat.
Amir yang menyedari perubahanku tunduk memandang mukaku. Dia memegang erat tanganku tika itu. Air mata yang kutahan menitis jua akhirnya.
“Maya, Amir tak berniat nak melukakan hati Maya. Kalau Maya rasa Maya tak boleh jawab, tak payahla jawab. Amir tak paksa. Amir tak nak tengok Maya macam ni,”katanya, menambahkan sebak di dadaku.
Aku menggelengkan kepalaku. Dia memeluk bahuku, seperti yang biasa dilakukannya ketika aku dalam kesedihan atau menghadapi sesuatu kesulitan. Aku menyandarkan kepalaku di bahunya. Sesuatu yang sudah lama tidak aku lakukan, dan Amir hanya membiarkan sahaja perlakuanku itu.
“Kalau Maya rasa nak menangis, menangislah. Bila Maya dah sedia nak bagitau Amir baru bagitau. Amir boleh tunggu,”katanya, menyenangkan hatiku.
Buat seketika, kami kembali membisu. Aku berusaha sedaya upaya menenangkan perasaanku yang berkecamuk sebentar tadi. Setelah agak tenang, aku mengangkatkan muka dan memandangnya. Amir hanya senyum memandangku.
“Sorry, tak dapat mengawal perasaan tadi.”
“It’s ok. Lagipun dah lama tak tengok Maya menangis. Setiap masa Amir tengok Maya kat sekolah asyik bergelak-ketawa je,”katanya.
“Entahla, Amir. Sebenarnya saya dah lupakan semua tu. Tapi bila awak tanya tadi, tak tau kenapa tiba-tiba je rasa sedih pulak. Entahlah,”kataku sambil melepaskan sebuah keluhan.
“Maya tetap tak berubah. Sikit-sikit nak mengeluh. Satu lagi, janganlah cakap ‘saya-awak’ ngan Amir. Rasa tak selesala,”katanya.
“Sorry.” Jawabku, sepatah.
“Amir nak tau jugak sebab Maya nak Amir lepaskan Maya,”desaknya.
Aku menundukkan kepala, mengumpul kekuatan untuk berterus-terang dengannya.
“Amir tau Amir tak pernah desak Maya sebelum nie, tapi Amir betul-betul nak tau. Sorry kalau Maya rasa Amir terlalu mendesak,”katanya apabila aku diam.
“Takpe, Amir berhak untuk tau. Sebenarnya, masa cuti hari tu, ramai sangat orang call Maya bagitau Amir bukan macam apa yang Maya kenal. Diorang semua cakap macam-macam…”
“Habis tu, Maya terus je percaya cakap diorang tu semua?”tanyanya, sebelum sempat aku menyudahkan ayatku.
“Kalau seorang dua yang cakap, Maya tak kisah. Tapi kalau dah ramai sangat yang cakap macam tu, nak buat macam mana? Setiap kali Maya call Amir pun, bukannya Amir ada kat rumah. Macam-macam yang diorang bagitau…..”
“Maya lebih percaya dengan diorang daripada Amir sendirila. Macam tu?”
“Amir, please. Macam mana Maya nak yakin dengan Amir kalau setiap kali Maya cuba dapatkan kepastian, Amir takde. Boleh dikatakan setiap kali Maya perlukan Amir masa tu, Amir memang takde. Tak tau pergi mana,”kataku, kesal.
“Kenapa Maya tak tanya Amir betul-betul? Nie tak, tiba-tiba je mintak clash. Lepas tu, biarkan Amir macam orang tak betul cari sebab kenapa Maya buat macam tu. Maya ingat Amir nie takde perasaan ke?”
“Habis tu, Amir sorang je yang ada perasaan? Maya yang hari-hari diorang call, cakap macam-macam. Tak tau nak percaya ngan siapa sebab takde siapa yang standing beside me masa tu. Nak backing Amir pun tak tau, sebab Maya sendiri tak dapat nak contact Amir. Sampaikan nak backing diri sendiri pun dah tak tau macam mana. Yang tu Amir tak nak fikir pulak!”
Amir diam dengan jawapanku itu. Aku tidak berniat untuk bertengkar dengannya namun dia membuatkan aku melampaui batas kesabaranku ketika itu.
Aku tunduk dan memeluk tubuhku. Amir menghampiriku dan memeluk bahuku. Dia mengucapkan maaf berkali-kali.
“Kita dah takde apa-apa, Amir. Tak elok kita buat macam nie,”kataku sambil merungkaikan pegangannya.
Amir menuruti kataku dan melepaskan pelukannya perlahan-lahan. Dia hanya memandangku tanpa sepatah kata pun.
“Amir, luka tu masih ada. Untuk kembali seperti dulu, mungkin susah untuk Maya katakan. Harap Amir faham,”kataku.
“Langsung takde peluang untuk Amir ke? Kita sebenarnya mangsa keadaan, Maya. Janganlah hukum Amir macam ni,”katanya, perlahan.
“Amir, Maya bukan menghukum. Cuma inilah kenyataan yang patut kita hadapi. Bukan semua perkara ada peluang untuk kali kedua. Mungkin hati Maya akan terbuka kembali untuk Amir. Tapi bukan sekarang,”terangku.
“Amir faham. Bukan niat Amir nak paksa Maya tapi.. Takpela, kalau Maya dah cakap macam tu. Nak buat macam mana kan,”katanya.
“Sorry. Maya takde niat nak lukakan hati Amir. Buat masa nie biarlah kita jadi kawan je,”kataku sambil memandangnya.
Dia hanya menganggukkan kepalanya. Setelah itu, kami berpisah untuk pulang ke rumah. Namun Amir langsung tidak menghubungiku selepas itu. Akhirnya semua itu hanya menjadi satu kenangan yang tidak mungkin kulupakan. Entahlah, bukannya aku tidak lagi menyayanginya namun ada sesuatu yang menyebabkan aku membuat keputusan sebegitu.
SURAT tawaran matrikulasi yang baru kuterima, kubuka. Rupanya aku mendapat tempat di Kolej Matrikulasi Perlis. Surat tersebut kubaca berulang kali.
“Surat apa tu, kak?”tanya ayahku.
“Surat tawaran matrikulasi. Dapat kat Perlis sana,”jawabku.
“Perlis? Apasal jauh sangat?”sampuk ibuku.
Surat tawaran tersebut bertukar tangan. Ayah dan ibuku membaca surat tersebut. Kulihat ada segaris senyuman di wajah mereka. Sama seperti ketika aku membawa pulang slip keputusan SPMku tempoh hari. Kutahu mereka gembira dengan pencapaianku. Dan aku akan berasa puas hati setiap kali melihat mereka senyum dengan pencapaianku.
“Kau nak pergi tak?”tanya ayah.
“Kenapa? Tak tau,”jawabku.
“Takdela, kau fikirlah elok-elok. Kalau tanya mak, mak tak tau. Kau tanyalah sape-sape yang tau. Ikut kaula. Kau yang nak belajar,”jawab ibuku.
Aku mengangguk. Kedua ibu bapaku memang tidak pernah mengongkong keputusan kami adik-beradik. Pada mereka, kami yang harus membuat pilihan kerana kami yang akan menghadapinya. Aku mengatakan yang aku akan berbincang dengan Arif dahulu.
Malam itu, aku menelefon Arif.
“Apa yang kau peningkan sangat?”tanya Arif.
“Aku tak tau mana yang lebih baik. Sama ada masuk matriks ataupun terus masuk universiti,”kataku.
“Aku rasa better kalau kita terus masuk universiti,”jawab Arif.
“Tapi, kalau kita terus masuk universiti, kita just buat diploma je. Kalau masuk matriks, setahun je. Lepas tu, terus buat ijazah,”bidasku.
‘Memangla. Tapi diorang cakap, matriks tu susah tau. Kalau tak cukup pointer, kena tendang. Pastu, kena ulang balik. Banyak risikonya,”kata Arif lagi.
“Actually, aku lebih nak pergi daripada tak nak pergi,”kataku.
“Ikut kaulah, Maya,”kata Arif.
“Arif, aku taula kita tak dapat satu matriks tapi apa salahnya kalau kau pun terima tawaran tu,”pujukku.
Setelah memujuknya, akhirnya Arif termakan juga kata-kataku untuk menerima tawaran ke matrikulasi. Dia dan Alan mendapat tempat di Kolej Matrikulasi Johor. Aku, Ieka, Eliz, Shima, malah Wirda sama-sama mendapat tempat di Kolej Matrikulasi Perlis. Sebenarnya, kebanyakan pelajar-pelajar sejurusan denganku mendapat tempat di sana.
“Maya, aku tak dapat pergi sebab ayah aku suruh aku masuk MMU,”kata Liesa sewaktu dia menelefonku tempoh hari.
“Ala, tak bestla kau takde. Min pun pergi UIA. Oja lak pergi UNITEN. Tinggal aku sorang-sorang kat sana,”kataku.
“Ala, Maya. Kan ada ramai bebudak sekolah kita. Sorry sangat tau,”pujuk Liesa.
Aku berasa sebak juga ketika itu. Manakan tidak, kami rapat sejak tingkatan 4 lagi tapi kami terpaksa berpisah kini.
“Kirim salam kat diorang semua ek. Jaga diri kau bebaik,”pesannya lagi.
“Kau pun sama. Jangan lupa contact kalau ada apape,”kataku.
Dengarnya Mirul juga mendapat tawaran ke UNITEN. Dia awal-awal lagi memberitahuku dia menolak tawaran ke matrikulasi kerana tidak mahu berada dalam suasana persekolahan lagi.
Aku diberitahu Shah dan Arm juga sama-sama mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Johor. Amir? Aku tidak mendapat apa-apa berita mengenainya langsung.