Thursday, January 7, 2010

[2: SiaPa DiA?]

“Ok, semua berkumpul kat tepi dewan sekarang.”arah Airman, presiden unit beruniformku.

Kami semua bergegas ke tepi dewan. Kami telah dipilih untuk mewakili pertandingan kawad kaki sempena Hari Sukan nanti.

Kami dipecahkan kepada dua kumpulan dan dipimpin oleh pelajar senior. Aku dan beberapa orang kawan-kawanku berada dalam satu kumpulan bersama pelajar-pelajar senior lelaki yang agak baik denganku.

“Ok. Aku rasa cukupla setakat ni untuk hari nie. Hari Sukan tinggal dua hari je lagi. Aku nak korang semua buat yang terbaik. Kita tak pernah kalah dalam pertandingan kawad kaki nie. Lepas nie, boleh ambil baju masing-masing.”katanya selepas hampir tiga jam kami berlatih.

Aku bangun dan menuju ke tempat yang ditetapkan untuk mengambil baju seragam.

“Nama,”kata abg Hafeez yang bertanggungjawab mengagihkan baju seragam tanpa mengangkatkan mukanya.

“Mariatul Fathihah,”jawabku.

“Oh, kau. Kau tak boleh ambil baju lagi. Tolong aku agihkan baju nie dulu,”pintanya sambil memandangku, kali ini.

Tanpa banyak bicara, aku menurut sahaja kemahuannya itu. Lagipun, aku memang agak akrab dengan abg Hafeez. Dia sering mengusikku sejak minggu suaikenal dahulu. Kini kami telah menjadi kawan, malahan aku tidak pula memanggil dia ‘abang’.

“Dah habis pun. Sekarang baru kau boleh ambil baju kau,”katanya sambil mengambil sebuah beg plastik.

“Nie baju aku ke? Muat ke aku nak pakai ni?”tanyaku, namun masih menyambut huluran beg plastik tersebut.

“Muatlah. Aku taula kau pakai saiz apa,”katanya sambil mengenyitkan matanya.

Aku tertawa dengan perlakuannya itu. Agak segan kerana dia dapat mengagak saiz pakaianku. Dia hanya membuat riak selamba memandangku.

“Eh, macam mana kau boleh tau dia pakai saiz apa?”tegur Airman.

“Adalah,”jawab abg Hafeez pula.

Airman memandangku namun aku hanya tergelak.

Kulihat salah seorang pelajar lelaki yang sebaya denganku hanya memandang perlakuan kami. Walaupun kami sebaya, dia tidak pernah menegurku. Sebaliknya dia sering mengenakanku. Mujurlah ada abg Airman dan Hafeez yang selalu menyebelahiku. Aku hanya memandangnya sekilas.

Shah Fakhrul Akhtar. Namanya memang dikenali ramai kerana kewibaannya dalam unit beruniform kami. Malah, dia pernah menjuarai banyak pertandingan kawad kaki. Dia juga pernah dipilih sebagai platun terbaik daerahnya. Dan dia dipertanggungjawabkan menyelia kawad kaki kali ini. Namun, aku kurang menyenanginya.

Hari Sukan berlangsung dengan begitu meriah sekali. Aku berasa agak berbesar hati kerana dapat menyertai pertandingan kawad kaki kali ini. Tambahan pula, unit beruniform kami masih menjuarai pertandingan kali ini. Selepas selesai perbarisan, kami berkumpul di hadapan pintu masuk stadium.

“Tahniah sebab berjaya jadi johan lagi tahun nie,”ujar Airman.

Kami semua bersorak kegembiraan dan puas hati yang amat sangat. Maklumlah, kebelakangan ini kami giat berlatih setiap petang. Akhirnya, kami berjaya mengekalkan kemenangan unit beruniform kami.

“Maya!”panggil Shasha sewaktu kami sedang makan beramai-ramai.

Dia datang mendapatkanku. Sambil mengucapkan tahniah, dia turut menyapa peserta kawad yang lain.

“Airman, aku pergi dulu ye. Dah takde apa-apa kan?”kataku, meminta kebenaran Airman untuk berundur.

“Takde rasanya. Nanti apa-apa aku cari kaula,”katanya.

Aku menganggukkan kepala dan mengajak Shasha berlalu. Kami berjalan-jalan di sekitar stadium kerana ketika itu sedang dilangsungkan perlawanan bola jaring.

“Sha, kau perasan tak salah sorang budak kawad tadi. Ala, budak elektrik yang selalu study kat kelas kau tu,”tanyaku pada Shasha ketika kami melewati pentas utama.

“Budak elektrik? Yang mana satu, sebab ramai sangat bebudak elektrik yang study kat kelas aku tu,”balasnya.

“Ala, kat barisan depan kita ni. Sebelah kanan,”kataku.

Shasha memalingkan kepalanya ke arah yang kutunjukkan. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki elektrik sedang duduk berbual-bual di situ. Ada di antara mereka yang memakai uniform yang sama denganku, ada yang tidak dan ada sebahagiannya yang memakai pakaian sukan.

“Amir ke? Sweet kan dia tu. Kitorang semua suka kat dia tapi dia tak main perempuanla. Kawan aku pernah cuba tackle dia tapi tak dapat,”kata Shasha.

“Amir, yang mana?”tanyaku pula.

“Yang pakai baju sama ngan kau tula. Eh, kau cakap sape ni?”tanya Shasha kembali.

“Budak yang duduk depan tu. Pakai baju ni jugak, tapi yang kulit cerah tu.”terangku.

“Oh, yang tu Mirul. Budak kelas Amir jugak. Kenapa. Minat ek?”usiknya.

“Takdela, saje suka tengok dia. Comel,”jawabku sambil tersenyum.

Shasha terus sahaja mengusikku. Kami tertawa namun terdiam seketika apabila pelajar-pelajar itu menoleh ke arah kami. Beberapa orang daripada mereka menegur Shasha, dan aku hanya tersenyum. Senyumanku mati apabila pelajar yang bernama Amir itu merenung tajam ke arahku. Cepat-cepat aku menarik tangan Shasha untuk duduk di barisan hadapan sempena acara penutup dan penyampaian hadiah. Kami pulang ke asrama setelah upacara penutup. Walaupun kepenatan, aku amat berpuashati dengan sambutan tersebut.

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts