Friday, January 8, 2010

[11: iF YoU oNLy kNew]

HARI ini kami akan ke Ulu Yam. Tiada nama Shah dalam senarai yang kupegang. Sedikit sebanyak aku berasa terkilan kerana dia tidak menyertai perkelahan ini. Sedang kami memasukkan barang-barang yang hendak dibawa ke dalam bas, Ujang, presiden kelab datang menghampiri kami.

“Maya, aku tak boleh pergilah. Ada hal sikit,”katanya.

“Ala, tak bestla Ujang takde.”kata Oja.

Sorryla, aku baru tau pagi ni. Tapi aku dah cari orang gantikan aku. Sorry ye, s.u kesayangan,”pujuknya.

“Erm, nak buat camne,”jawabku, agak kecewa.

 Ujang hanya memandangku. Dia berlari ke kereta yang telah menunggunya. Sempat dia melambai kami sambil tersenyum. Aku berasa lebih terkilan kerana Ujang begitu beria-ia untuk mengikuti perkelahan ini.

“Assalamualaikum. Saya ganti Ujang,”kata satu suara di belakangku.

Aku menoleh ke belakang. Bila bertentang dengan empunya suara aku terdiam seribu bahasa.

“Boleh tak saya gantikan Ujang ni? Tadi dia yang suruh saya gantikan dia,”katanya lagi.

“Erm, boleh… naiklah..”jawabku.

“Eh, Shah. Nama awak takde pun dalam senarai nie,”tanya guru penasihat kelab kami.

“Saya gantikan Ujang,”jawabnya sambil mengambil tempat duduk.

Guru penasihat kami mengangguk. Selepas memastikan semua peserta telah naik, kami pun bertolak ke Ulu Yam.  Perjalanan ke Ulu Yam sangat meriah sekali kerana mereka menyanyi sambil memetik gitar.

Selesai menguruskan tempat perkelahan, kami semua dibenarkan melakukan aktiviti bebas. Kami semua bermain sambil mandi-manda dengan gembiranya. Terlupa segala bebanan pelajaran dan masalah yang dihadapi di sekolah. Penat bermain, kami duduk di atas batu besar di tepi sungai sambil mendengar pelajar lelaki bermain gitar. Shah? Tak sangka dia bermain seperti seorang budak kecil.  

"Maya."

Aku memandang Fendy yang duduk tidak jauh dariku. Dia menggamit aku duduk bersamanya. Aku bangun menghampirinya.  Seingatku, jarang sekali kami bertegur sapa sepanjang sesi latihan. Namun, aku hanya tersenyum apabila menghampirinya. Dia juga tersenyum, mempamerkan riak wajahnya yang manis. Dia mempersilakan aku duduk di sebelahnya.

“Ada lagu nak nyanyikan untuk awak,”katanya, masih tersenyum.

"Lagu apa?"

Dia senyum, sangat manis rupanya. Jari-jarinya mula menari, memetik tali gitar. Mengalunkan satu lagu yang amat sebati dalam mindaku. Lagu kesukaanku suatu masa dahulu, Last Kiss dari Pearl Jam. Aku agak terpesona dengan kemahirannya, membuatkan aku tidak berganjak dari situ.

"Buat apa ni?"

Teguran Shah mematikan alunan melodi gitar Fendy. Aku senyum dan mengajak Shah duduk.

"Fendy pandai main gitar kan? Dia nyanyikan lagu untuk saya."

Shah meminta izin untuk meminjam gitar daripada Fendy. Fendy bagun setelah gitarnya bertukar tangan.

I'd give you everything, anything
If you'd be mine
I'd give the stars above, an' all my love
How can you be so blind, so blind
I'm going out of my mind
All the time for you, yes it's true

If you only knew that I'm crazy for you
Then you'd understand
If I only knew what you're going through
Then I'd understand

Now I know that I have no chance
Oh, to make you mine
But if I owned the world, you would be my girl
How can you be so blind, so blind
I'm going out of my mind
All the time for you, yes it's true

If you only knew that I'm crazy for you
Then you'd understand
If I only knew what you're going through
Then I'd understand


Tak sangka Shah juga pandai bermain gitar, malah sewaktu dia menyanyi aku seolah-olah hilang dalam kelembutan melodinya. Shah mahu berkata sesuatu apabila terdengar arahan meminta kami berkumpul.

"Thanks  Shah. Lagu tu, sedap."

Shah senyum. Aku senyum, namun segera melarikan pandangan. Bimbang tertawan dengan manisnya senyuman itu.  

 Sepanjang perjalanan pulang, aku langsung tidak dapat melelapkan mata walaupun aku berasa begitu penat sekali. Masih terngiang-ngiang petikan gitar tadi.


“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam. Eh, dah balik. Best tak pergi?”tanya Wirda.

Best, tapi Ujang tak ikut,”jawabku.

“Eleh, tapi Shah kan ikut,”giat Liesa.

Aku hanya memandangnya dengan ekor mataku. Liesa nie memang sengaja nak kenakan aku.

“Hah! Shah ikut? Camne dia boleh ikut?”tanya In pula.

“Dia gantikan Ujangla,”kataku.

“Oh, ingatkan Kak Maya ajak,”kata In lagi.

“Ish, In ni kan,”kataku sambil mencubit lengannya.

Mereka yang ada di situ tertawa melihat perlakuan kami. Tak sudah-sudah mereka mengusik aku dan Shah. Namun, semakin lama aku semakin menyenangi semua usikan mereka itu. Mungkinkah aku telah mula menyukainya?

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts