Thursday, January 7, 2010

[9: aPaKaH PeRaSaaN iNi?]

Riuh-rendah suasana hutan pada pagi itu dengan jeritan pelajar-pelajar perempuan yang takutkan pacat. Berbanding dengan kumpulan kami yang kelihatan agak rileks. Dalam hati takut jugak, atau mungkin lebih kepada geli.

Di pertengahan jalan, hujan turun dengan lebatnya namun kami tetap meneruskan perjalanan. Tidak lama kemudian, hujan mulai berhenti namun pacat pula semakin banyak.

“Liesa, aku rasa ada pacatla kat kaki aku. Macam mana nie, gelila,”kataku pada Liesa.

“Eii..aku lagi geli,”kata Liesa, sambil memeluk tubuhnya.

“Ala, macam mana nie..”

Sedang kami berbisik-bisik, Shah datang menghampiri kami. Tanpa sepatah kata, dia tunduk dan menarik pacat yang melekat di kakiku. 

“Terima kasih,”kataku apabila dia bangun dan berdiri betul-betul di hadapanku.

Dia hanya tersenyum. Buat pertama kalinya aku melihat wajah dan senyumannya dalam jarak yang begitu dekat. Manis juga dia apabila tersenyum.

“Eh, pacat nie tak gemuk lagila. Letaklah balik,”katanya sambil mengacah seakan dia benar-benar memaksudkannya.

Spontan aku dan Liesa terjerit. Dia hanya ketawa terbahak-bahak sambil melemparkan pacat yang masih dipegangnya. Dia ketawa dan berpaling untuk menyertai temannya.

‘Hantu betul. Sempat lagi nak kenakan aku.’desisku.

"Apa kau cakap?"

Terkejut aku apabila Shah bertanya. Entah bila dia berdiri di hadapanku, tidak pula aku perasan.

"Takde apa. Aku cakap beg ni berat, macam bawak batu."

Dia senyum, menarik beg yang kusandang dan disangkut ke bahunya. Aku tergamam namun hanya membiarkan perlakuannya. Lissa di sebelah mula melaga-lagakan siku padaku, namun aku pantas membalas dengan cubitan di lengannya.
  

Kami tiba di kawasan air terjun lebih kurang tiga jam kemudian. Kami diberi masa satu jam untuk mandi-manda dan berehat sebelum pulang ke kem. Perjalanan pulang hanya mengambil masa tidak sampai dua jam. Sebelum pulang ke asrama, diadakan penyampaian hadiah dan kumpulan kami telah mendapat kumpulan terbaik manakala Shah telah menjadi pelakon terbaik. 


“Jom makan hamper kat kantin,”cadang Pojie sebaik kami turun dari bas.

Kami pun menuju ke kantin dengan bungkusan hamper yang kami menangi. Shah duduk di sebelahku.

“Maya, sorry sebab saya selalu kacau awak masa kat kem.”kata Shah sewaktu kami hendak pulang ke blok masing-masing.

“Erm takpelah. Awak kan memang macam tu,”balasku sambil mengangkatkan kening ke arahnya.

Dia tertawa dengan kata-kataku. Aku juga turut tersenyum.

“Erm, sebenarnya saya memang sengaja kacau awak kat sana.”aku kembali memandangnya apabila mendengar dia berkata sedemikian.

“Yela, sebab saya tak pernah dapat peluang kenakan awak masa kat sekolah sebelum ni. Setiap kali saya nak kenakan awak, ada je bodyguard yang tolong backing. Sebab tu kat sana saya kenakan awak cukup-cukup,”katanya.

Serentak itu aku teringatkan pelajar-pelajar senior yang satu unit beruniform denganku. Kenangan itu menerbitkan rasa rindu kepada mereka.

“Maya, sorry tau.”katanya, melambaikan tangan dan berlalu.

Sebenarnya ketika itu aku merasakan persepsiku terhadapnya telah berubah sama sekali setelah bekerjasama selama tiga hari di kem. Terlalu banyak kenangan manis yang tercipta dan tak mungkin akan aku lupakan.

"Nanti, ada hadiah untuk awak."

Dia kembali menghampiriku. Aku hanya memandang apabila dia menyelukkan tangan ke dalam kocek. Sebuah kotak kecil diserahkan kepadaku. Hampir gugur jantungku apabila di dalam kotak itu terkulai layu seekor pacat yang agak besar.

"Shah!!!"
 

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts