Friday, January 8, 2010

[16: KeEp iT siMpLe, ...]

“Maya, dah siap belum?”panggil Liesa.

“Dahla. Mana diorang?”kataku.

“Tunggu kat bawah katanya. Jom, kejap lagi loceng,”jawab Liesa.

Selepas bersarapan, kami bersama-sama ke kelas. Mujurlah Liesa, Jasmin mahupun Oja tidak menyentuh langsung mengenai kejadian semalam. Di pertengahan jalan, kami terserempak dengan Shah. Dia tersenyum, manis. Namun terasa pahit pada pandanganku.

“Hai.”tegur Arif sewaktu kami masuk ke kelas.

Aku hanya memandangnya sambil tersenyum. Sebenarnya, aku tiada mood untuk berbual dengan sesiapa pun. Liesa dan Jasmin terus berlalu ke tempat duduk mereka.

“Macam mana malam tadi, ok? Shah kata nak ambil gambar ngan kau. Ada jumpa dia?”tanya Arif.

Pertanyaan Arif membangkitkan semula apa yang berlaku semalam. Namun, kutahankan agar tidak disedari olehnya.

“Maya, kau dengar tak apa yang aku cakap?”desak Arif.

“Dahla, Arif. Shah bukannya nak ambil gambar dengan Maya, tapi orang lain. Tak cari Maya pun,”jawab Liesa.

Arif yang sedang menyusun bukunya, mengangkat muka memandang kami berdua. Aku hanya diam tanpa apa-apa reaksi. Liesa pula mengangkat bahu dan kembali ke tempatnya.

“Maya,”panggilnya.

Aku tunduk dan mengeluarkan buku dari laci mejaku. Arif mengeluh, faham aku tidak mahu berbicara mengenainya. Walaupun tidak berpuas hati, dia tidak pula mendesakku. Itulah kelebihannya yang membuatkan aku senang. Kami meneruskan pembelajaran seperti biasa.

“Maya, kau nak bagitau ke tak?”tanyanya selepas rehat.

“Nak bagitau apa? Takde apa-apa,”jawabku ringkas.

“Aku tak percaya. Kau langsung tak bercakap hari nie. Aku kenal kau. Takpe, aku pergi tanya diorang,”kata Arif, bangun dan menuju ke arah Liesa dan Jasmin.

Aku memandang Arif yang kini berdiri di hadapan meja Liesa dan berhadapan dengan Jasmin.

“Jangan cakap korang tak tau apape,”ujarnya.

“Erm, aku tak tau nak cakap macam mana,”kata Jasmin.

“Macam nie. Kitorang nampak Shah ambil gambar ngan budak kelas sebelah tu. Kitorang bukan nak salahkan Shah sebab dia ambil gambar ngan budak tu, tapi kau rasa apa niat dia?”kata Liesa.

Arif terdiam mendengar penjelasan Liesa itu. Dia yang sering menyokongku malah memberi galakan supaya aku berkawan dengan Shah. Tergambar riak serba-salah di wajahnya. Aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain apabila pandangan kami bertemu.

“Maya, sorry,”katanya sewaktu aku mengemaskan beg untuk pulang.

Aku hanya memandangnya, namun aku tidak mampu mengatakan apa-apa. Aku masih membisu sehinggalah loceng terakhir persekolahan berbunyi.

Sewaktu Liesa dan Jasmin datang untuk mengajakku pulang, Arif meminta izin untuk bercakap dengan aku sebentar dan meminta agar mereka pulang dahulu.

“Maya, kau memang tak nak cakap ngan aku ke? Aku minta maaf nie,”katanya lagi.

“Nak minta maaf buat ape, kau tak buat salah pun,”jawabku.

“Kau takde apape nak bagitau aku, ke?”tanyanya.

Kalah dengan pujukan Arif, aku meluahkan semua yang aku pendamkan sejak malam tadi. Dia memang seorang pendengar yang baik.  

“Entahlah. Aku pun tak tau kenapa aku rasa kecewa sangat,”kataku.

“Aku rasa mungkin sebab kau dah mula sukakan dia, betul tak?”balas Arif.

Aku  mengangkatkan bahu, tidak pasti.

“Dahla, aku kan ada,”pujuknya lagi.

Aku tersenyum dengan kata-katanya. Nyatalah aku tidak silap memilih kawan.



TINGGAL seminggu lagi SPM akan bermula. Kami mulai sibuk dengan persiapan untuk menghadapi peperiksaan itu nanti. Walaupun aku cuba untuk memadam bayang Shah dari ingatanku, namun aku tidak mampu. Akhirnya, aku menjadikan dia sebagai pesaingku dalam SPM nanti.

“Maya, camne preparation untuk SPM nanti?”tanya Alan.

“Tak taula nak kata. So far so good. Tapi tak confident sangatla,”jawabku.

“Rileksla, kau mesti boleh buat punya,”kata Alan.

“Ha’ah, lagipun kau kan pelajar harapan sekolah,”sampuk Arif.

“Arif, janganla cakap camtu. Aku rasa tertekan tau. Kalau aku punya result drop kan malu aku, ”balasku.
  
“Aku cuma nak bagi kau galakan je,”kata Arif.

Aku mengangguk. Memang dia sering memberikan galakan padaku. Dia juga banyak membantuku dalam subjek yang kurang kufahami.

“Maya, kalau aku tanya kau jangan marah,”kata Arif.

“Apa dia?”tanyaku.

“Kau marah kat Shah lagi ke?”tanyanya.

Aku memandangnya, kemudian tunduk meneruskan pembacaanku.

“Malam tadi kitorang sembang sesama. Macam-macam jugak yang kitorang sembangkan. Termasuklah pasal kau. Dia kata dia pun suka kat kau, tapi dia takut nak ambil risiko sebab kau kan baik dengan semua orang. Lagipun, dia tau dia ada ramai pesaing.”

"Banyakla kau punya pesaing. Pandai-pandai je dia cakap."

"Betul Maya. Mungkin dia suka kat kau, tapi takut nak ambil risiko." 

“Dahla Arif. Lupakan ajela. Aku memang suka kat dia tapi aku tak nak dia suka kat aku sebab aku suka dia. Kau faham, kan?”potongku sebelum Arif menghabiskan kata-katanya.

“Takdela, aku cuma nak bagitau apa yang dia bagitau kat aku. Aku baru nak suruh kau lupakan budak kayu macam tu,”jawabnya.

“Kayu? Suka hati kau je. Habis tu, sape yang tak kayu?”tanyaku, tergelak.

“Aku,”jawabnya, turut tergelak.

Kami menyelak-nyelak akhbar New Strait’s Time yang baru diedarkan tadi. Tiba-tiba dia berhenti dan menunjukkan sesuatu kepadaku.

“KISS?”tanyaku meminta penjelasannya.

Keep It Simple, Stupid,”jawabnya.

Stupid?”tanyaku, pura-pura marah.

“Okla. Keep It Simple, Sayang,”usiknya sambil ketawa.

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts