Thursday, January 7, 2010

[EpiLog : MeMoiR sEoRaNg aKu]

Hanya 2 tahun aku di sini.

Daripada seorang yang tidak mengenal apa-apa. Tentang hati dan perasaan. Aku dipertemukan dengan dia. Perkenalan yang pada aku begitu singkat, mengajar aku lebih banyak tentang semua yang tidak pernah aku alami. Menyesal..?? Mungkin tidak...aku tidak akan pernah menyesal untuk mengenali dia. Sayangnya, apa yang kami cuba pertahankan selalu saja dipatahkan oleh selain kami. Kalau itu takdirnya, aku akur. Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya.

"Maya."

Kelihatan sahabatku, Lissa berlari-lari anak menghampiriku. Dia memeluk kejap tubuhku dan menangis. Dapat aku rasakan kehangatan air mata yang tumpah di bahuku.

"Aku akan rindukan kau."

"Aku juga."

"Kejap je kita kenal kan? Tapi aku rasa aku dah kenal kau bertahun. Dan aku sayang sangat kat kau."

Bergenang air mataku dengan pengakuan ikhlas Lissa. Dua lagi kawanku, Jasmin dan Oja datang menghampiri kami. Kami berpelukan, lama. Menyedari itu mungkin pelukan terakhir kami berempat untuk satu jangkamasa yang lama, kami enggan melepaskan satu sama lain.

"Aku sangat bersyukur jumpa korang kat sini. Aku harap kita akan kekal kawan sampai bila-bila."

Kami mengangguk serentak. Bertukar senyuman sebelum masing-masing melangkah, meninggalkan 1001 memori di sini. Terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengharapan. Namun kami sedar, masih terlalu banyak langkah yang perlu dijalani. Walau tak mungkin dapat berjalan bergandingan, matlamat kami pasti seiringan.

Aku memandang sekeliling, kawasan yang akan amat aku rindui. Yang mencatat pelbagai memori. Memoir seorang aku.

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts