PAGI itu kami diarahkan untuk ke surau sekolah sempena majlis solat hajat untuk peperiksaan Cik Zuraidah, guru kesayanganku sedang memberikan beberapa pesanan untuk menyiapkan diri dalam menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
Sempat lagi kami meliarkan mata memandang pelajar-pelajar lelaki yang duduk berhadapan dengan kami. Bukannya selalu dapat berkumpul begini.
“Min, aku nampak Ben,”kataku pada Jasmin.
“Mana? Eh, dah nampak dah. Erm, lamanya tak nampak dia,”kata Jasmin.
“Amboi. Dah, jangan pandang lama-lama,”giat Liesa.
“Eleh, jealousla tu. Nampak Arm tak?”tanya Jasmin pula.
“Nampaklah,”kata Liesa sambil tersenyum.
“Liesa, nampak Shah tak?”tanyaku pada Liesa.
“Takde pun. Amir adalah. Eh Maya, aku nampak Mirul,”kata Liesa.
“Mirul? Mana budak comel tu?”tanyaku.
Segera aku mencari apabila ditunjukkan oleh Liesa. Sudah lama aku tidak melihat Mirul. Tambahan pula, dia tidak dapat mendapat tempat di asrama tahun ini. Jadi, kami hanya berhubung melalui telefon. Aku senyum apabila dia menyedari yang aku memandangnya. Dia membalas senyumanku. Erm, comelnya!
Mirul melambaikan tangan kepadaku namun niat hendak membalas lambaiannya termati apabila kurasakan pandangan Amir menjamah wajahku. Aku memalingkan muka memandangnya. Benarlah, dia sedang memerhatikanku. Pantas aku mengalihkan pandangan ke arah Mirul semula. Dia masih lagi tersenyum.
“Maya, nama kau ada kat depanla,”tegur Jasmin tiba-tiba.
Ish, asyik sangat memandang Mirul hinggakan tidak sedar apa yang berlaku. Memang namaku ada di skrin hadapan. Tapi, kenapa?
“Nama-nama yang ada di hadapan ni adalah nama-nama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang untuk peperiksaan percubaan yang lepas. Saya ucapkan tahniah kepada mereka semua,”serentak itu tepukan mula memenuhi ruang surau.
Hampir tidak percaya, namaku tergolong antara sepuluh orang pelajar cemerlang di sekolahku. Kulihat Mirul senyum sambil mengangkatkan keningnya padaku.
“Bagi pelajar-pelajar lain, saya percaya anda juga mampu jadi seperti pelajar-pelajar ini. Jadi, buktikan pada saya. Semoga berjaya dalam SPM nanti,”cabar Cik Zuraidah.
Selepas selesai bacaan yasin dan solat hajat, kami dibenarkan pulang lebih awal.
"Tahniahla, jadi pelajar terbaik."ujar Mirul semasa kami bertembung.
"Thanks. Tak sangka pulak."
"Mirul, sejak bila kau nak gantikan tempat aku kat sebelah dia?"
Pertanyaan keras Amir membuatkan Mirul menjauhkan diri daripada aku. Aku memandang Amir, tanda tidak puas hati.
"Kenapa awak buat saya macam ni?"
"Sepatutnya awak yang bagitau saya, kenapa awak buat saya macam ni."Amir menjawab sebelum berlalu meninggalkan aku di situ.
___________________________________________________
“berkasih mesra hidup ‘kan bahagia
fitrah semulajadi dalam diri manusia
itulah harta paling tinggi nilainya
marilah kita saling mengamalkannya
tak kira masa tak kira suasana
walaupun di rumah atau di tempat kerja
hormat-menghormati jadikanlah amalan
sesama keluarga juga jiran tetangga
marilah kita bina keluarga yang bahagia
itulah pesanan berharga
dari Allah dan juga rasul-Nya…”
Nasyid yang berkumandang di dewan utama sekolah benar-benar memukau pendengaran. Manakan tidak, pasukan nasyid sekolah kami telah menjuarai pelbagai pertandingan samada di peringkat sekolah mahupun di peringkat wilayah. Nasyid telah menjadi hiburan utama di sekolah kami.
“Ish, comelnya Arm tu,”kata Liesa padaku.
“Eh, Shah pun comel tau,”balasku.
“Wei, dahlah. Tahulah Ben bukan budak nasyid,”sampuk Jasmin.
Kami hanya tergelak. Benar, Shah dan Arm adalah penasyid sekolah. Malam jamuan akhir tahun ini merupakan persembahan mereka yang terakhir. Malam jamuan asrama ini diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan lima. Selepas selesai persembahan, kami ke dewan makan untuk menikmati jamuan yang disediakan.
Kami sempat mengambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Sebenarnya kami juga berhasrat untuk mengambil gambar bersama Arm, Ben, Shah dan juga Wan. Namun, sehingga kini kami masih belum berjumpa dengan mereka.
“Maya, tu Shah kan?”tegur Jasmin selepas kami makan.
“Erm, mana,”tanyaku.
“Tu. Ish, dia amik gambar ngan sape tu,”kata Liesa pula.
“Eh, tu bukan budak kelas sebelah kita ke?”sampuk Oja.
Agak tersentak bila aku mendapati Shah sedang mengambil gambar bersama pelajar tersebut. Entah kenapa, perasaanku ketika itu bercampur-baur. Mungkin agak kecewa setelah aku mula menyukainya.
“Maya, kau ok ke?”tanya Liesa.
“Aku ok. Jomlah kita pergi ambil gambar,”kataku sambil tersenyum.
“Maya…”Jasmin memegang tanganku.
“Aku ok. Itupun kalau korang tak cakap apa-apa pasal ni,”kataku, mengukir senyum yang aku pasti palsu.
“Maya, jangan paksa diri kau. Aku tau,”kata Liesa.
Serentak dengan itu, aku berasa sebak sekali. Aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu memperkatakan tentang itu. Mereka yang memahamiku hanya diam.
“Aku naik dululah. Sorryla tak dapat nak ambil gambar ngan korang,”kataku sambil melangkah pulang ke asrama.
“Maya, nanti dulu,”panggil Liesa.
Aku tidak lagi mendengar panggilan Liesa itu. Aku melangkah sepantas mungkin untuk lekas sampai ke bilik. Sampai di bilik aku terus menukar baju dan memejamkan mata. Aku tidak mahu ada di antara ahli-ahli bilikku bertanya macam-macam kepadaku. Kenapa aku harus berasa begitu kecewa dengan perlakuannya?
No comments:
Post a Comment