Friday, January 8, 2010

[13: KeSeMpaTaN]

“Wei, rasa pelikla pakai camni,”komenku pada malam jamuan tersebut.

“Apa yang peliknya. Ok je,”jawab Oja.

Aku melihat Oja dan Jasmin sibuk membetulkan tudung yang mereka pakai. Aku masih lagi duduk sambil melihat-lihat bayang diriku di dalam cermin dengan baju kebaya yang diberikan oleh Ieka.

“Laa, cepatlah siap Maya. Tudung pun tak pakai lagi,”tegur Jasmin.

“Kejap lagi mesti Ieka sampai,”sambung Oja.

“Girls!”

“Hah, kan dah kata,”kata Oja lagi.

Memandangkan Ieka telah sampai dan dia mula meleteriku, aku bangun dan bersiap. Sempat lagi mereka mencalitkan sedikit mekap ke mukaku. Mujurlah, suasana malam yang suram tidak akan membuat semuanya kelihatan begitu nyata.


Sampai di tempat jamuan, kulihat ramai pelajar lain yang juga memakai kebaya. Aku segera mencari kelibat Arif namun tidak berjumpa. Namun begitu, sempat aku menarik-narik hujung selendang putih yang kupasangkan dengan baju kebaya yang kupakai malam ini.

“Hai, lama sampai?”tegur satu suara.

“Erm, Arif. Apasal kau lambat?”tanyaku.

“Saje. Eh, ajak diorang duduk jom,”katanya sambil memandang kawan-kawanku yang lain.

Setelah kami semua duduk, acara pun dimulakan. Jamuan kali ini agak menimbulkan kontroversi kerana diadakan secara berpasang-pasangan. Tambahan pula, jamuan ini hanya menggunakan lilin untuk setiap meja dan satu lampu besar di atas pentas. Namun nampaknya tidak pula jamuan ini dibatalkan.

“Maya, Shah…”tunjuk Arif ke satu arah.

Aku memandang ke arahnya. Kulihat Shah duduk tidak jauh daripada kami. Dia hanya memakai t-shirt putih yang dilapisi dengan kemeja bewarna coklat, dan berseluar slack. Dia yang menyedari kami memandangnya lantas tersenyum.

“Dia datang ngan sape ek,”tanyaku pada Arif.

Arif hanya mengangkatkan bahu. Serentak itu kedengaran suara juruacara memberi arahan. Kami senyap untuk mendengar arahan seterusnya.

“Ok. Tiket kitorang jual for couple. So, bolehlah duduk ngan couple masing-masing. Pelajar perempuan duduk dan pelajar lelaki akan bangun dan cari pelajar yang pegang nombor tiket yang sama,”katanya.

“Ok, nombor 49?”tanya Arif.

That would be me,”jawab Jasmin.

Aku segera melihat nombor tiketku. 36. Bukankah sepatutnya nombor tiketku sama dengan nombor tiket Arif. Aku hanya mampu memandang Jasmin yang bangun dan duduk bersama Arif. Ieka berpasangan dengan Alan manakala Oja berpasangan dengan Wan.

Awak nombor 36 kan?”tanya satu suara.

Aku menoleh ke sisiku. Sekali lagi, aku terdiam apabila Shah berdiri di sebelahku sambil tersenyum. Lantas kupandang Arif dan Jasmin yang sudah tertawa. Pastilah ini angkara mereka. Shah mengajakku duduk di salah satu meja yang masih kosong.

"Sepatutnya saya dengan Arif."

Shah memandang Arif, sebelum kembali memandangku. 

"Dia datang jual tiket kat saya, tapi dia tak bagitau nombor 36 ni awak."

"Kenapa, kalau awak tau?"

"Kalau saya tau, awal-awal saya datang."

Kami tertawa. Sedikit sebanyak aku berterima kasih kepada Arif dan Jasmin kerana menciptakan peluang untuk aku berbual bersama Shah. Shah yang lebih banyak bercakap daripada aku sendiri.

"Awak pandai main gitar?"tanya Shah.

Aku menggeleng. Aku memang minta dengan gitar namun aku langsung tidak tahun bagaimana untuk memetiknya.

"Lagu hari tu.."

"Sedap."belum sempat Shah menghabiskan kata-katanya, aku menyampuk.

Shah senyum lagi. Dan dia benar-benar kelihatan menarik pada pandanganku malam itu.

"Lagu tu untuk awak."ucapnya perlahan.

Aku terkelu, namun mempamerkan riak muka selamba. Dalam hati, hanya Tuhan yang tahu betapa berdebarnya aku mendengar ucapannya itu.  

 “Lepas ni, sepatutnya ada majlis tarian. Actually, kitorang tak paksa semua ikut. Sape yang nak ikut, bolehla ikut,”kata juruacara.

“Ish, diorang nie biar betul,”komenku.

“Maya, nak ikut ke?”tanya Shah.

Aku memandang ke arah Arif. Dia mengisyaratkan agar aku tidak menyertai acara tersebut.

“Rasanya tak payahla,”jawabku.

Shah mengangguk tanda faham. Arif datang dan mengajak kami semua beredar. Kami duduk di tepi bangunan kelas sambil berbual-bual sebelum pulang ke asrama. Shah juga nampaknya tidak kekok berbual dengan kawan-kawanku yang lain. 

"Bro, kau kenakan aku ek?"

Arif tergelak dengan pertanyaan Shah itu. Nyatalah dia memang tidak tahu-menahu rancangan Arif itu.

"Sorry la Shah. Tapi aku rasa korang deserve it. Aku tau kau memang nak bercakap dengan Maya, dan aku tau Maya pun sama. Disebabkan korang memang takkan mulakan, aku tolongla."

"Ntah. Bukan main lagi bersembang, bergelak ketawa tadi kan Arif?"Jasmin menyambung. 

Aku mencebik, namun tersenyum apabila Shah mengucapkan terima kasih kepada Jasmin dan Arif.


Hari-hari seterusnya kulalui seperti biasa. Cuma keputusan peperiksaan percubaan telah diumumkan. Nampaknya usahaku tidak sia-sia kerana keputusanku agak baik. Begitu juga dengan kawan-kawanku yang lain. Cuma aku masih lemah dalam subjek addmath berbanding dengan Jasmin dan Arif. Malahan, dengarnya Shah juga mendapat A dalam addmath.

So, camne kau ngan Shah sekarang?”tanya Arif tiba-tiba.

“Camne apa? Mana ada apa-apa. Lepas malam tu, mana ada borak-borak ngan dia lagi,”kataku.

“Kau tak nak confess apape ke?”tanya Arif.

Confess amende? Kau jangan nak merepekla Arif. SPM dah dekat tau,”pintasku.

“Ye ke? Ataupun kau masih tak dapat nak lupakan si Amir tu?”

Pertanyaan Arif membuatkan aku terdiam. Amir? Masih adakah dia di hatiku. Namun apabila melihat muka Arif yang tersenyum kenakalan, aku membalas.

“Takdela, aku tengah tunggu kau ajak aku jadi girlfriend kaula.”

Arif ketawa dengan kata-kataku tadi. Sebenarnya aku juga telah mula menyukai Shah namun aku lebih bimbangkan SPM yang semakin hampir. Lagipun, selepas Amir aku sukar untuk membuka hatiku untuk orang lain.

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts