Thursday, January 7, 2010

[1: HaRaPaN]


“ADIK, tunjukkan surat tawaran dan semua dokumen yang kami perlukan,”

Aku menghulurkan sampul surat besar yang mengandungi surat tawaran dan dokumen-dokumen yang telah disenaraikan kepada pelajar yang menguruskan pendaftaran pelajar baru tersebut. Dia menyambutnya dengan senyuman.

‘Akmal Nurhakim,’. Nama yang sekacak orangnya.

“Ok, kelas awak 4P1. Nanti ada pelajar senior yang akan tunjukkan kelas awak,”ramah dia berbicara.

“Terima kasih,” ujarku, tersenyum.

Dia membalas senyumanku dan memanggil pelajar yang beratur di belakangku. Setelah mendapatkan ibu dan ayahku, seorang pelajar menawarkan diri untuk menunjukkan kelasku. Dia membawa kami ke kelas 4P1. Kelasku terletak di bangunan paling akhir. Selepas selesai pendaftaran di kelas, aku bergegas ke dewan makan untuk mendaftar asrama pula. Setelah beratur hampir sejam, aku ditempatkan di bilik Melur.



“OK, keputusan you all pada penggal ini keseluruhannya baik. Cuma mungkin you all masih tak biasa lagi dengan sistem pembelajaran di sini. So, saya dah bahagikan you all kepada beberapa kumpulan. Saya panggil nama dan sila duduk dalam kumpulan masing-masing.” Suara Pn Faridah, guru kelasku memenuhi ruang kelasku.

“Mariatul Fathihah,” namaku dipanggil untuk kumpulan 4.

Aku bangun dan duduk di kumpulan 4. Selain aku, ada dua orang pelajar perempuan lain dan seorang lagi pelajar lelaki. Nurul Huda, Elyza Aishah dan Faris Azlan. Aku duduk di sebelah Faris Azlan atau Alan.

Faris Azlan. Seorang pelajar lelaki yang berbadan kurus, tinggi, berkulit cerah dan sangat pandai mengambil hati orang. Seorang yang baik, bertanggungjawab dan penyabar. Walaupun kami tidak pernah berkenalan sebelum ini, namun sikapnya membuatkan aku merasakan seperti sudah lama berkenalan dengannya. Seingatku, tidak pernah dia meninggikan suaranya padaku, apatah lagi memarahiku. Akhirnya kami menjadi rapat. Aku juga rapat dengan Kharliesa Edany yang duduk di belakangku.


Di asrama pula aku berkawan baik dengan seorang pelajar kejuruteraan mekanikal bernama Shasha dan seorang pelajar yang sejurusan denganku bernama Alia Shazzira. Namun begitu, hubunganku dengan ahli-ahli bilikku yang lain juga agak baik. Aku juga tidak menghadapi sebarang masalah untuk bergaul mesra dengan pelajar-pelajar lain samada senior atau junior.


“Maya, akak dengar ramai senior yang sebut-sebut nama kamu. Diorang kata kamu baik ngan senior-senior lelaki. Betulke?” pertanyaan Kak Ieyla membuatkan aku terdiam.

Malam itu diadakan satu perjumpaan bilik. Dan aku tidak menyangka aku dijadikan sasaran pertama.

“Jawablah. Akak tak nak dengar daripada orang lain,” tekannya lagi.

“Memang saya baik ngan diorang tapi takdela rapat sangat. Lagipun kitorang kan sama-sama KRS. Satu rumah sukan pulak tu. Agaknya nampak cam baik sebab kitorang selalu borak sama-sama masa latihan kawad kaki kot,” jelasku.

“Takdela, akak tak kisah pun korang nak kawan ngan sape. Cuma hati-hati sikitla sebab kadang-kadang ada senior yang tak berapa suka. Akak tak suka diorang cakap yang bukan-bukan pasal korang,” lega hatiku mendengarnya.

Selepas itu, ramai lagi kawan-kawanku yang ditegur dan dinasihati. Sebenarnya, kakak-kakak bilikku tidaklah terlalu mengawal pergerakan kami, cuma ada di antara pelajar-pelajar senior lain yang mengadu.

Aku memang senang berkawan dengan sesiapa sahaja. Dan aku akui, aku memang agak rapat dengan senior-senior lelaki kerana kami satu unit beruniform dan rumah sukan. Tambahan pula kami sama-sama terlibat dengan kawad kaki untuk Hari Sukan nanti. Jadi tidak hairanlah kami boleh menjadi rapat.

Sebenarnya, aku memang senang mendapat kawan. Padaku, tiada perbezaan antara lelaki dan perempuan atas nama persahabatan. Selama 16 tahun ini, aku tidak pernah mempunyai kekasih. Aku lebih senang berkawan tanpa apa-apa komitmen. Bukan tidak pernah pelajar lelaki menghulurkan salam perkenalan namun aku hanya menerima mereka sebagai seorang kawan, tidak lebih daripada itu.

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts