Thursday, January 7, 2010

[7: Dia KeMbaLi..uNTuK aPa?]


“OK, malam ni aku kumpulkan korang just nak bincang pasal intake junior minggu depan,”kata Murni, ketua bilikku.

Malam ini kami berkumpul untuk membincangkan persiapan untuk menyambut kemasukan junior minggu hadapan. Aku sebagai penolong ketua bilik juga harus terlibat sedikit sebanyak.

“Murni, aku ngan Liesa nak letak jawatan jap untuk first day,”celahku.

Murni senyum seakan mengerti apa yang akan kami lakukan. Setelah membahagikan tugas, kami bersurai dan bercerita mengenai kemasukan junior.


HARI ini merupakan hari pendaftaran pelajar-pelajar baru. Suasana di kelasku begitu bising sekali. Maklumlah, kebanyakan guru terlibat dalam pendaftaran pelajar-pelajar baru. Aku dan Liesa keluar dari kelas dan pergi ke blok junior.

“Hai, saya Zee,”tegur pelajar yang duduk di hadapan kami.

“Saya Maya,”jawabku, tersenyum apabila mendapati dia juga ahli bilik kemuning.

“Saya Liesa,”kata Liesa menghulurkan tangannya.

Zee menyambutnya sambil turut tersenyum.

“Korang ni satu sekolah ke?”tanyanya.

“Ha’ah. Dato’ Lokman,”spontan aku menuturkan kata-kata tersebut.

Mujurlah Zee tidak banyak bertanya. Ketika kami duduk di hadapan kelas, kulihat ramai lagi pelajar senior lelaki yang berlakon sebagai junior. Bukan main lagi mereka mengusik pelajar junior perempuan. Aku dan Liesa tersenyum melihat gelagat mereka.

“Hai, Maya,”tegur Syafiq yang mengenakan name-tag ‘Kadir’.

“Hai. Sorang je ke?”tanyaku kembali.

“Taklah. Hamizar ada kat dalam. Buat bisnes, jual minyak,”jawabnya sambil memandang Akmal yang sedang berbual-bual dengan pelajar junior perempuan.

“Ajiz lak ada kat bawah. Cover line.”

Spontan kami tergelak melihat Farhan yang sedang duduk di tepi tangga. Sebenarnya, kami boleh dikenakan tindakan disiplin sekiranya kami ditangkap kerana menyamar sebagai junior. Namun nasib kami agak baik kerana tidak ada pelajar yang menyedarinya.

Akhirnya rahsia kami terbongkar juga semasa perjumpaan bilik malam itu. Pelajar-pelajar junior yang bersama-sama kami siang tadi hanya senyum. Mengingati semula apabila kami ditahan oleh senior-senior kelas elektrik.

“Hai, Maya. Cantiknya nama, macam orangnya. Boleh berkenalan?”kata Amir yang tiba-tiba menghalang laluanku.

Aku yang agak terkejut dengan perlakuannya itu hanya diam. Itulah kali pertama aku bersemuka dengannya sejak aku memutuskan hubungan dengannya. Liesa yang menyedari kegelisahan hatiku segera menarik tanganku.

“Ish, sombongnya. Takkan tak sudi kot,”giat Amir lagi.

“Tepilah,”aku menolak Amir yang masih berdiri di hadapanku.

“Jangan ingat saya akan lupa macam tu je,”katanya apabila kami berlalu.

Pelajar-pelajar junior lain hanya diam memerhatikan situasi sebegitu. Mungkin sekarang baru mereka memahami apa yang berlaku siang tadi. Namun, junior bilikku mudah mesra dengan kami. Malah kami tidak mendapat sebarang aduan yang kurang baik daripada senior lain mengenai mereka.



“Assalamualaikum. Alia ada?”tanyaku apabila berada di pintu bilik Dahlia.

“Waalaikumussalam. Kak Maya, masuklah,”pelawa Yana, junior Alia.

“Eh, Maya. Masuklah,”kedengaran suara Alia.

Begitulah kebiasaannya. Hampir setiap hari aku akan bertandang ke bilik Alia. Shasha tidak menetap di asrama tahun ini. Jadi, kami hanya tinggal berdua. Alia adalah seorang kawan yang baik. Dia akan sentiasa menyokong aku dalam apa jua keputusan yang kubuat. Aku merasa sangat bersyukur mempunyai seorang kawan sepertinya.

“Kak Maya, kenal tak ‘AngelofHell’?”tanya Yana.

“Siapa tu? Tak kenal pun,”balasku.

“Ntah. Dia kata dia kenal akak. Yana pernah chat ngan dia. Dia tanya kenal tak Mariatul Fathihah, Yana cakapla kenal. Dia suruh kirim salam, dia kata awek dia,”terang Yana.

Aku hanya mengangkatkan bahu walaupun ada seseorang yang terlintas dalam fikiranku ketika itu. Alia yang memandang ke arahku mengangkatkan keningnya. Mungkin dia juga dapat merasakan siapa yang terlintas di fikiranku ketika itu.

“Eh, betulla nama akak, Mariatul Fathihah, kan?”tanya Yana lagi.

“Iye, sayang.”jawabku, senyum untuk menutup gelodak hatiku.
 


No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts