Friday, January 8, 2010

[14: JaNJi]

APA yang kutakuti terjadi juga akhirnya. Pertengahan semester itu, Amir masuk ke asrama. Entah bagaimana permohonannya untuk tinggal di asrama akhirnya diluluskan. Aku juga hanya mengetahui mengenainya semasa berada di dewan sekolah.

“Sekarang marilah kita sama-sama menjemput seorang  saudara kita, Amir Izwan untuk berkongsi sedikit pandangan” kata Pengerusi Majlis.

Kami semua menumpukan perhatian ke hadapan. Memang menjadi kelaziman bagi kami di asrama untuk berkongsi sesuatu isu atau pandangan mengikut giliran. Namun, melihat Amir Izwan melangkah tenang ke hadapan membuatkan hatiku berdegup laju.

“Maya, itu bukan Amir ke?”tanya Liesa, mencuit lenganku.

Aku yang tergamam seketika, hanya mampu menganggukkan kepala sahaja. Amir kini berdiri di hadapan semua pelajar dan mula berucap. Sesekali aku merasakan pandangannya bertaut dengan pandanganku.

Untuk mengelakkan dari terus berasa serba-salah, aku meminta diri untuk pulang ke bilik. Liesa, Jasmin dan Oja menurutiku keluar. Kami melangkah keluar walaupun Amir belum selesai menyampaikan ucapan.

“Kak Maya, tadi tu abg Amir kan? Bukanke dia tak duduk asrama?”tanya In sebaik sahaja naik ke bilik.

“Tak taulah, In. Baru masuk agaknya. Kan ramai jugak yang baru masuk asrama minggu nie,”jawabku.

“Apa lagi yang dia cakap tadi. Kitorang dengar separuh je,”kata Jasmin.

“Banyak jugak. Tapi masa akak-akak keluar tadi, dia berhenti kejap. Pastu, dia pandang akak keluar. Budak-budak yang lain pun semua pandangla,”kata Zura pula.

Kami berpandangan sesama sendiri. Tak sangka Amir akan berbuat demikian.

“Dia ada kata, kalau melakukan kesalahan sesama saudara kenalah berbincang dan minta maaf. Jangan biarkan orang tertanya-tanya apa salah yang dia dah buat, kalau kita tak berbincang dengan dia,”terpukul aku mendengar kata-kata In itu.

Liesa memandangku, mengingatkan janji-janjiku. Aku menundukkan kepala dan berlalu untuk mengemaskan barang untuk kelas persediaan malam. Dalam hati, aku mulai risau kerana peluang untuk aku terserempak dengan Amir menjadi semakin besar.


"Maya, kau masih ingat janji kau kan?"tanya Lissa, tegas.

"Aku ingat Liesa. Nanti aku cuba ok?"

  
AWAL pagi itu, sesampai di kelas kulihat Arif sedang mengemaskan mejanya. Aku tersenyum seraya memberi salam kepadanya. Tiba-tiba Arif memandangku, lama.

“Wei, apasal kau pandang aku camtu. Aku pakai tudung terbalik ke?”

“Takde. Mana pegi kau punya name tag?”

Aku tunduk memandang tudungku. Benar seperti kata Arif, hanya lencana yang tergantung di situ. Sedangkan tanda namaku tiada. Aku mulai tunduk mencari, kalau-kalau ia terjatuh. Tetapi hampa. Balik daripada perhimpunan pagi itu, sekali lagi aku mencarinya di koridor yang aku lalui pagi tadi tapi tiada berjumpa. Aku mengeluh sebelum Arif menarik perhatianku.

“Maya, semalam korang buat jamuan bilik ye?”tanya Arif.

“Apesal, kau nampak ke?”tanyaku kembali.

“Mana pulak tak nampak. Korang kena buli ngan junior ek?”

“Suka hati kau je ek,”balasku.

“Yela, tutup mata. Pastu, round satu sekolah. Kelakar aku tengok. Eh, kau perasan tak ada bebudak lelaki pepanggil korang? Bebudak blok akulah tu,”kata Arif sambil tertawa.

“Hampeh! Aku pun tak tau mana diorang bawak kitorang pusing. Korang rupanya yang bising-bising tu ek,”kataku turut tertawa.

Kami berbual-bual sambil ketawa terkekeh-kekeh. Tak dapat aku bayangkan bagaimana junior-junior memimpin kami yang ditutup mata berjalan satu sekolah. Sedang kami rancak berbual, Alan masuk mengedarkan borang matrikulasi.

“Maya, kau nak masuk matriks ke?”tanya Arif.

“Apasal, kau tak nak ke?”tanyaku kembali.

“Entahlah, aku rasa better kalau terus masuk ipta,”komennya.

“Ye ke? Alah, kita isi dulu. Lepas tu, baru fikir balik,”kataku.

Kami mengisi borang tersebut bersama-sama. Tidak lama kemudian, guru kelas kami masuk dan membincangkan tentang jamuan kelas. Setelah membahagikan tugas, kami meneruskan pembelajaran seperti biasa.

"Maya, kita pilih tempat yang sama tau." 

Aku mengangguk, setuju. 

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts