Thursday, January 7, 2010

[10: KaWaN]

“Eh, korang ada dengar cerita tak pasal Arif dengan Izza?”tanya Liesa suatu hari.

“Cerita apa? Yang aku tau, diorang memang selalu study sesama,”kataku.

“Izza kan suka kat Arif. Naniela cerita. Pastu, Izza ada cakap kat Nanie dia jealous tengok kau rapat sangat ngan Arif,”terang Liesa.

“Apasal pula nak jealous. Rapat sangatke aku ngan Arif?”tanyaku.

“Entah, dia cakap camtu. Arif takde cakap apa-apa?”tanya Jasmin pula.

“Takde pun. Ala, aku pun malas nak tanya,”jawabku.

Perbualan kami mati di situ kerana Mr Lim telah masuk ke kelas. Aku pun kembali ke tempat dudukku. Melihatkan Arif bersikap selamba, aku mematikan hasrat untuk menanyakan tentang Izza. Biarlah dia sendiri yang memberitahuku.


“Hai. Eh, mana Arif?”tanya Izza yang tiba-tiba muncul di hadapanku.

“Keluar kejap. Kau jaga kelas ni ke?”tanyaku.

Dia menganggukkan kepala. Tengah hari itu, guru-guru bermesyuarat jadi hanya pengawas yang datang mengawasi setiap kelas. Dan Izza ditugaskan untuk mengawasi kelasku. Aku meneruskan kerjaku yang terhenti sebentar.

“Eh, Izza. Dah lama sampai?”tanya Arif yang baru masuk ke kelas.

“Baru je. Oh, duduk ngan Maya ke. Patutlah baik sangat,”kata-kata Izza menyentap tangkai hatiku.

Kulihat Arif tidak menunjukkan sebarang reaksi dengan kata-kata Izza itu. Mungkin dia tidak menyangka apa-apa langsung. Izza yang masih berdiri di hadapanku memandangku dengan sinis.

“Arif, aku nak pergi tempat Liesa jap. Izza, kau duduklah tempat aku,”kataku, mengemaskan buku-bukuku.

Aku terus ke meja Liesa. Rupanya dia juga asyik memerhatikan kami. Terus-terang aku katakan pada Liesa dan Jasmin yang aku benar-benar terasa dengan apa yang diperkatakan oleh Izza sebentar tadi. Sehingga loceng waktu balik berbunyi, barulah Izza meninggalkan kelas kami.

“Maya, thanks bagi aku duduk sini,”katanya sebelum keluar.

Aku senyum, yang nyata dibuat-buat. Agak terkilan kerana tidak dapat menyiapkan kerjaku.

“Maya, sorry sebab lama sangat dia duduk kat tempat kau. Mesti kau punya kerja tadi tak siap lagi,kan?”ujar Arif seakan memahami apa yang aku fikirkan.

“Takpela, aku balik dulu,”balasku sambil menyaingi Liesa.

 “Oja, jom balik! Nanti makanan kat dining habis,”laung Liesa apabila kami melintasi kelas Oja.

Oja yang sedang berbual-bual dengan rakan sekelasnya bingkas bangun dan menyertai kami bertiga. Kami sempat tertawa apabila Liesa semakin laju melangkah. Bimbang kehabisan makanan di dewan makan agaknya.


 CEPAT benar masa berlalu. Tidak lama lagi, peperiksaan percubaan akan bermula. Kami semua berasa begitu bimbang. Tambahan pula, akhir-akhir tahun begini pasti banyak kerja yang hendak dibereskan. Dengan jamuan akhir tahun, dengan perlantikan ahli jawatankuasa persatuan yang baru, dengan kelas tambahan, macam-macam kerja yang perlu disiapkan.

Aku adalah setiausaha Kelab kompang. Majlis jamuan akhir tahun kelab tidak perlu aku bimbangkan kerana ia di bawah pengurusan ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik. Tugasku yang terakhir ialah perkelahan ke Ulu Yam. Nasib baik aku dibantu oleh Liesa, Jasmin dan Oja.

Hari itu, kami keluar untuk membeli bahan-bahan makanan untuk dibawa berkelah. Disebabkan hari sudah beransur petang, kami pulang ke asrama dengan menaiki teksi.

“Maya, tau tak Izza dengan Arif dah clash?”tanya Liesa, membuka bicara.

Clash? Diorang couple pun aku tak tau. Arif takde cakap apa-apa pun ngan aku,”jawabku.

“Entahlah, Arif kata dia tak nak Izza tak belajar sebab asyik ingat kat dia je,”kata Liesa.

“Ish, tak fahamla aku ngan diorang tu,”komenku.

“Tapi Maya, Izza ingat Arif nak clash ngan dia sebab kau,”sampuk Oja.

“Eh, apasal lak? Aku tak tau apape pun pasal diorang tau,”bidasku.

“Tak taulah. Kengkawan dia yang bagitau aku,”kata Oja.

Aku melepaskan keluhan dengan apa yang diperkatakan oleh Oja itu. Agak tidak puas hati kerana dikaitkan dengan perkara yang aku sendiri tidak mengetahui hujung pangkalnya.

“Maya, biarkan je orang nak cakap apa. Aku pun tau kau tak salah. Arif nak clash ngan dia ke tak, takde kena mengena ngan kau,”kata Jasmin.

Aku hanya diam. Dalam hati, aku masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang diperkatakan oleh Oja sebentar tadi. Malam itu, Nanie datang ke bilik kami dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Walaupun Nanie juga mengatakan aku tidak terlibat namun hatiku masih tidak senang.


“Maya, apasal kau diam je hari nie?”tanya Arif.

“Diam? Takdelah, biasa je,”dalihku.

“Betulke? Kalau kau tak nak cerita ngan aku takpela,”katanya.

Sedang aku berkira-kira hendak menanyakan soal Izza atau tidak, Liesa datang menghampiri kami.

“Arif, kesian Maya tau. Izza kata kau clash ngan dia sebab Maya,”kata-kata Liesa menyentak hatiku, spontan aku menampar lengannya.

“Aduh, biarlah Arif tau. Sampai bila kau tak nak bagitau ?”sambung Liesa lagi.

Kehadiran guru sejarah menyebabkan Liesa pantas berlalu ke tempatnya. Arif memandang ke arahku namun aku hanya membiarkan sahaja.

“Maya…”

“Kita cakap nantila,”potongku sambil mengeluarkan buku teks sejarah.

Arif mengalah dan membuka buku teks sejarahnya. Aku bepura-pura tekun walaupun sebenarnya aku berasa tidak sedap hati dengan tindakan Liesa tadi.

“Betulke apa yang Liesa cakap tadi?”tanyanya selepas tamat waktu sejarah.

“Dahla, Arif. Abaikan ajela,”kataku.

“Maya, boleh tak kau jangan tipu aku,”tegasnya lagi.

“Aku tak taula, Arif. Aku tak pernah tau apape pun pasal korang,”jawabku.

Arif diam mendengarnya. Lama dia berfikir. Mata pelajaran Perdagangan langsung tidak menarik minatku. Begitu juga dengan Arif kerana kulihat dia asyik mengeluh sahaja. Aku menyinggungnya supaya tidak ditegur oleh guru.

Akirnya, perkara itu dibiarkan sehingga tamat waktu persekolahan. Tidak seorang pun di antara kami yang membangkitkannya semula.


Keesokan harinya, kami ke sekolah seperti biasa. Hujung minggu ini, kami akan ke Ulu Yam bersama ahli-ahli kelab kompang yang lain. Perkelahan ini hanya akan disertai oleh pelajar-pelajar senior sahaja.

“Maya, sape lagi yang ikut?”tanya Jasmin.


“Tak taulah. Tapi semua yang terlibat untuk Hari Sukan hari tu, semua pergi. Petang nanti ada perjumpaan, kita tengoklah sape yang pergi,”jawabku.

“Shah tak ikut ke?”tanya Liesa.

“Dia bukannya budak kompang. Tapi kalau dia ikut mesti best,kan?”kataku.

“Eish, biar betul apa yang aku dengar ni,”kata Jasmin sambil tergelak.

Kami juga turut tertawa. Entah mengapa, tiba-tiba aku merasakan perkelahan tersebut akan menjadi lebih meriah sekiranya Shah turut serta.

“Maya, aku nak cakap sikit,”pinta Arif.

Liesa dan Jasmin yang seakan memahami, meminta izin untuk kembali ke tempat duduk mereka.

“Aku nak minta maaf pasal semalam. Aku bukan tak nak bagitau kau tapi kau pun tak pernah tanya. Macam tak berminat langsung nak ambik tau. Tapi satu aku nak bagitau, kitorang clash memang takde kena-mengena ngan kau. Sorry sebab tak bagitau kau awal-awal,”terang Arif panjang lebar.

“Takpela, at least aku dah tau sekarang. Tapi sorry kalau sebab aku rapat ngan kau dan buat Izza rasa tak puas hati,”kataku.

"Kau kawan aku. Dan aku dah anggap kau sahabat aku dunia akhirat. Jadi aku rasa tak sedap hati bila tengok kau dipersalahkan atas kesilapan aku."

Aku senyum. Aku juga sangat sayangkan Arif sebagai sahabatku. Melihat dia bersungguh-sungguh begitu, aku terharu.

"Thanks Arif. Aku tak ambil hati pun, cuma bila ada orang bercakap sikit sebanyak masuk juga dalam telinga aku ni." 

“Dahlah, lupakan ajela. Kau  ngan Shah camne? Bukan main lagi orang bercakap pasal korang sejak balik kem hari tu,”usiknya.

“Arif!”

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts