Thursday, January 7, 2010

[5: My PreTTy BoY}

“Maya, Amir nak balik hari nie,”katanya, membuka bicara.

“Buat ape? Hari ni baru hari Rabu,”tanyaku.

“Ada hal sikit. Ala, takde apapela. Just nak beg Amir yang ada kat Maya tu, boleh?”pintanya.

“Ada, kat atas. Tunggu kejap,”kataku.

Aku berlari naik ke kelasku dan membawa turun begnya yang kusimpan dalam loker bukuku. Walaupun telah lama aku menyimpan beg tersebut namun aku tidak terfikir untuk membukanya.

“Erm, Maya ada bukak tak beg ni?”tanya Amir sewaktu aku menghulurkan beg tersebut kepadanya.

“Tak, kenapa?”tanyaku kembali.

“Takde apape. Okla, lepas sekolah ni Amir terus balik. Jaga diri bebaik,”katanya sambil berlalu meninggalkanku.

Aku memandangnya dengan perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Entah kenapa, aku terasa sesuatu yang buruk akan berlaku. Segera aku beristighfar dan membuang perasaan tersebut jauh-jauh.

Malam itu, seperti biasa aku belajar di kelas Shasha. Bosan menghadap buku, aku memasang walkman di bawah meja Sebenarnya, kami dibenarkan membawa walkman asalkan tidak mengganggu pelajar-pelajar lain yang hendak belajar.

I lie awake at night
see things in black and white
i’ve only got you inside my mind
you know you have made me blind

i lie awake and pray
that you will look my way
i have all this longing in my heart
i know it’s right from the start

oh my pretty pretty boy i love you
like i’ve never ever loved no one before you
pretty pretty boy of mine
just tell me you love me too

oh my pretty pretty boy i need you
oh my pretty pretty boy i do
let me inside make me stay
right beside you

i use to write your name
and put it in a frame
and sometimes think i hear you call
right from my bedroom wall

you stay a little while
and touch me with your smile
and what can i say to make you mine
to reach out for you in time


Lagu itu benar-benar melayangkan ingatanku pada Amir. Setiap kali mendengar lagu tersebut fikiranku akan terus mengingatinya. Entah mengapa, hatiku berdebar-debar apabila memikirkan dirinya.


**********


Masuk hari ini, sudah tiga hari aku tidak nampak bayang Amir di sekolah. Namun aku tidak menyangka apa-apa kerana aku pasti dia akan pulang esok. Namun, sangkaanku meleset apabila aku masih tidak melihatnya pagi Isnin itu. Kawan-kawannya juga tidak tahu ke mana Amir pergi jadi aku memutuskan untuk menelefon ke rumahnya petang itu.

“Hello, nak cakap dengan sape?”tanya satu suara di hujung talian.

“Hello, Amir ada?”tanyaku.

“Amir? Dia tak balik, ada kat asrama. Siapa ni?”tanya suara itu, ibunya barangkali.

“Maya. Dia takde pun kat sini,”jawabku.

“Oh, Maya. Amir memang tak balik minggu nie. Ada apape yang tak kena ke?”tanya ibunya.

Setelah ditanya, barulah ibunya menceritakan perihal Amir. Amir memang seorang anak yang baik namun pergaulannya membuat ibunya turut berasa bimbang. Amir berkawan dan terlibat dengan pelajar-pelajar nakal di sekolahnya. Sebelum berpindah ke sekolah ini, Amir pernah terlantar di hospital akibat bergaduh.

Malah menurut ibunya lagi, kemungkinan Amir telah pergi mencari mereka untuk membalas perbuatan mereka. Kecut hatiku mendengarkan semua itu. Namun, sedikit sebanyak aku juga berasa bimbang akannya.


**********


Setelah seminggu menghilangkan diri, pagi itu aku dikejutkan dengan nota yang ditulis di papan hitam kelasku.

‘Buat Maya,
Maafkan saya kerana tidak memaklumkan awak terlebih awal. Saya takut kehilangan awak.
p/s:sedangkan awan pun berubah, inikan pula hati manusia yang kita tak nampak.
Dari: A.I’

Alan yang turut membacanya memandang ke arahku. Aku hanya tunduk dan berlalu ke tempat dudukku. Alan duduk di sebelahku setelah memadam nota tersebut. Ketidakhadiran guru bahasa melayu membuka ruang bicara antara aku dengan Alan.

So, ape kau nak buat sekarang?”tanya Alan.

“Tak taulah. Any idea?”tanyaku kembali.

“Kalau susah sangat nak cakap, tulisla surat kat dia,”cadangnya.

“Aku tak tau nak tulis ape. Kau tolong karangkan ek?”pintaku.

Pantas aku mengeluarkan kertas apabila Alan mengangguk. Kami bersama-sama mengarang surat untuk diberikan kepada Amir. Alan banyak membantuku. Rupa-rupanya dia juga banyak mengetahui mengenaiku. Dia begitu memahamiku tanpa perlu aku meluahkan apa-apa.

Surat itu kuserahkan pada Alan untuk diberikan kepada Amir. Alan hanya senyum dan mengatakan yang dia akan sentiasa menyokongku tak kira dalam apa jua keadaan. Aku berasa begitu beruntung kerana mengenali sahabat sepertinya.


Keesokan harinya, Alan menghulurkan sepucuk surat kepadaku. Daripada Amir pastinya. Kami membaca surat tersebut bersama-sama. Itulah kebiasaannya setiap kali aku menerima surat daripada Amir. Hatiku agak tersentuh membaca balasan darinya. Amir memang pandai bermain dengan kata-kata. Ada satu ayat yang ditulisnya betul-betul menambat hatiku.

‘andai Siti khadijah penyinar cinta Rasulullah S.A.W,
maka engkau pelengkap cintaku.’

Sejak itu, aku cuba untuk menerima dirinya seadanya. Namun begitu, banyak khabar angin yang mengatakan Amir bukanlah sebaik yang kusangka. Aku tidak mengambil berat akan khabar-khabar angin tersebut kerana padaku dia telah menjadi yang terbaik untukku.

Walaupun begitu, kami jarang berjumpa kerana sibuk dengan peperiksaan yang hampir tiba. Tambahan pula kami diberikan tugas untuk mempersembahkan drama yang berkisar mengenai sejarah “Bukit Kepong” dalam buku teks bahasa melayu. Setiap kelas diberikan satu atau dua bab dan kami dikehendaki mempersembahkannya dalam bentuk drama.

Aku juga semakin sibuk dengan aktiviti Kelab Kompang kerana aku telah dilantik sebagai setiausaha untuk sessi hadapan. Aku dan Amir hanya akan berjumpa apabila kami rasakan perlu sahaja. Seingatku, kali terakhir aku berjumpanya adalah ketika aku mahu meminjam baju melayunya untuk pementasan drama nanti kerana aku dikehendaki melakonkan dua watak yang menuntut aku memakai baju melayu.


**********


“Alhamdulillah. Akhirnya, tamatlah peperiksaan kita,”ujar Alan sambil mendepakan tangannya.

Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya.

“Camne, Maya. Ok ke?”tanyanya padaku.

“Bolehla.”jawabku ringkas.

Kelasku mulai riuh dengan suara pelajar-pelajar kelasku. Setelah seminggu bergelut dengan peperiksaan, hari ini kami selesai menghadapinya. Masing-masing riuh menceritakan rancangan masa cuti yang telah dirancang.

Pementasan drama “Bukit Kepong” berjalan dengan begitu sempurna kira-kira dua minggu sebelum peperiksaan bermula. Semua kelas bersungguh-sungguh dalam menyampaikan drama masing-masing. Kelas kami mendapat tempat pertama dalam pementasan drama tersebut. Sesungguhnya pementasan drama tersebut benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati kami semua.

***********

Hampir tiga minggu berada di rumah benar-benar membosankan. Mujurlah kawan-kawanku rajin menelefonku. Amir pula, semenjak cuti sekolah ini dia jarang menghubungiku. Malahan, hanya beberapa kali sahaja kami akan keluar bersama. Itupun bersama-sama Shasha, Mirul dan beberapa orang kawan-kawan kami. Namun, dia tidak pernah lupa mengatakan sayangnya padaku.

Dua minggu sebelum kembali bersekolah, salah seorang kawan Amir menelefonku dan menceritakan sesuatu yang buruk mengenai Amir. Pada mulanya aku tidak percaya namun apabila ramai kawan-kawan Amir yang turut menelefonku, aku menjadi semakin serba-salah. Aku benar-benar keliru dengan situasi tersebut.

“Hello. Boleh cakap dengan Maya?”suatu malam aku menerima panggilan daripada seorang lelaki.

“Ye, saya bercakap. Siapa nie?”tanyaku.

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts