Thursday, January 7, 2010

[4: HaDiaH]

“Maya, tak nak jumpa Amir ke?”tanyanya.

“Awak janji pukul berapa? Sekarang..”

“Amir tau, Amir salah. Amir ada hal tadi. Sorry ok?”

Aku memalingkan muka memandang Shasha. Dia mengisyaratkan agar aku memaafkan sahaja kelewatan Amir itu. Amir masih setia menanti jawapan dariku. Akhirnya aku mengalah juga namun segera aku menarik tanganku yang dipegangnya.

Akhirnya apa yang telah dirancangkan berjalan dengan lancar. Walaupun ini adalah kali pertama aku keluar dengan Amir namun dia begitu pandai mengambil hatiku. Selepas makan, dia menghantar kami ke stesen LRT. Semasa menghantarku pulang, dia bertanya.

So, Maya nak ape untuk birthday Maya nie?”

“Awak,” sungguh aku tak sangka, itu yang akan keluar dari mulutku.

“Kalau itu yang Maya nak, Maya dah lama dapat,”jawabnya tersenyum sambil menarik tanganku ke dalam genggamannya.

Aku yang agak tersentak dengan perlakuannya itu memandang tepat ke arahnya. Namun, akhirnya aku tertunduk sendiri apabila bertentang mata dengannya. Entah kenapa, satu perasaan halus menyelinap di sudut hatiku. Dan ini adalah pertama kali aku merasakan sedemikian.

Happy birthday,”ucapnya sebelum kami berpisah.


SEJAK itu, kami semakin rapat dan aku mula menerimanya lebih dari seorang kawan. Walaupun dia seorang yang panas baran, namun tidak pernah dia meninggikan suara terhadapku. Yang paling penting, Amir amat menghargai diriku.

Pernah suatu hari, aku mengalami demam yang teruk sehingga tidak boleh bangun. Shasha pergi memberitahunya malam itu, dan dia telah keluar membelikan ubat untukku menyebabkan dia didenda kerana keluar tanpa kebenaran.

Dia juga sering keluar membelikanku makanan malam sekiranya aku tidak sempat makan di dewan makan kerana sibuk atau sebagainya. Malahan, setiap kali aku terlibat dengan apa-apa majlis dia akan membelikanku makan malam kerana dia tahu aku pasti tidak sempat turun ke dewan makan.



“Maya, kau ada salin tak jawapan hari tu?”pertanyaan Alan mengejutkanku.

“Ape? Aku tak bawak buku komsasla hari ni,”jawabku.

“Komsas ape pulak ni. Aku tanya jawapan objektif kimia ni,”balasnya.

Aku yang menyedari kesilapanku, terus tunduk mencari jawapan kimia yang berada di dalam laci mejaku. Dapat sahaja, terus aku hulurkan kepadanya.

“Apasal aku tengok sejak kebelakangan ni kau asyik melamun je? Ada masalah ke? Jangan camtu, Maya. Exam dah dekat nie. Aku dengar kau serius ngan Amir sekarang. Aku bukan nak masuk campur tapi aku tak nak tengok kau kantoi sebab menda-menda camni. Lagipun……”

Alamak, ni yang paling aku lemah ngan Alan ni. Kalau membebel, kalah mak nenek. Ish, aku pun tak sangka akan jadi macam ni. Sekarang hampir semua pelajar kelasku tahu mengenai aku dan Amir. Semuanya kerana hari tu.


“Ieka, apesal semua orang pandang aku senyum-senyum je ni? Ada yang tak kena ke?”tanyaku satu hari semasa perhimpunan.

“Tula kau, selalu masuk kelas lambat. Masuk kelas karang kau taula,”jawab Ieka.

Perhimpunan pagi itu kurasakan begitu lama sekali. Habis sahaja perhimpunan aku terus ke kelas. Setibanya di kelas, kudapati terdapat satu nota di papan hitam.

Buat Maya,
Sorry sebab semalam saya ada hal. Tak sempat nak bagitau awak.
p/s:sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula…

dari:A.I’


Usai membacanya, aku terus memadamnya. Dari hari itulah, ramai orang semakin memperkatakan tentang kami. Dan sejak hari itu jugalah Alan selalu memberikan kata-kata nasihatnya padaku. Namun begitu aku menegah Amir daripada berjumpa denganku di kawasan sekolah. Mujurlah Amir memahami niatku.


“Maya! Ish, melamun lagi,”rungut Alan.

“Ops, sorry. Apesal?”tanyaku, mengutuk diri sendiri kerana membiarkan Alan merungut.

“Makmal,” jawabnya sambil berlalu keluar dari kelas.

Kelam-kabut ku menyusun buku makmalku dan berlari menyaingi Alan yang semakin jauh meninggalkanku.


“MAYA, Amir nak jumpa kau rehat nanti,”kata Alan sebaik sahaja aku meletakkan beg.

Aku mengangguk tanda faham dengan apa yang diperkatakannya. Malas mahu memanjangkan cerita, aku terus mengeluarkan buku latihan matematik dan menyelaknya. Melihatkan aku diam, Alan kembali meneruskan kerjanya.

Sebenarnya, aku tertanya-tanya tujuan Amir mengajak aku berjumpa. Maklumlah, kami jarang berjumpa dalam kawasan sekolah. Namun segera aku melemparkan persoalan tersebut jauh-jauh apabila guru masuk ke kelas. Aku tidak mahu Alan terus meleteriku kerana melamun di dalam kelas.

Kring……….

Akhirnya waktu rehat yang kutunggu tiba jua akhirnya. Aku, Ieka, Shima dan Eliz pergi ke kantin bersama-sama. Aku telah memaklumkan tujuan Amir sebelum keluar dari kelas. Mereka hanya menganggukkan kepala. Pulang dari kantin, Amir telah ada menantiku di hadapan bangunan kelasku.

“Maya, Amir nak balik hari nie,”katanya, membuka bicara.

Aku yang tersentak, memandang tepat ke wajahnya. Pandangan kami bertemu.

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts