Thursday, October 7, 2010

[2.1 :Tempat Baru, Suasana Baru, Orang Baru...????]

PERJALANAN ke Perlis sungguh memenatkan. Lebih kurang lapan jam di atas jalan raya memang membosankan. Ieka dan Wirda berkali-kali menghantar mesej menanyakan samada aku sudah sampai di Kolej atau belum.

Aku sampai di Kolej lebih kurang pukul 12 tengah hari. Sesampainya di sana, aku terus beratur untuk menguruskan pendaftaran dan mendapatkan kunci bilik. Aku berjumpa dengan ramai pelajar-pelajar yang satu sekolah denganku di sini.

“Assalamualaikum. Katil ni ada orang?”tanyaku pada Sara.

“Ah, ada. Aida,”jawabnya.

Aisha Maisara dan Zaidah Ayuni adalah pelajar sekolahku. Namun mereka berada dalam kelas 5p2. Aku mengangguk dan beredar ke side satu lagi. Bilik di Kolej ini dibahagikan kepada tiga bahagian. 2 bahagian mempunyai 2 buah katil dan bahagian tengah menempatkan rak buku dan meja belajar. Di side sebelah, aku mendapati sudah ada seorang pelajar baru.

“Hai, saya Sue. Amy Sueraya. Awak?”tegur pelajar itu apabila menyedari aku masuk.

“Maya. Mariatul Fathihah. Dari mana?”tanyaku pula.

“KL. Awak pulak?”

“Klang. Saya, Sara ngan Aida kat sebelah tu dulu satu sekolah. Teknik KL. Awak?”tanyaku lagi.

“Oh, samalah ngan diorang tu? Saya Teknik Tunku Jaafar.”ujarnya.

Aku menganggukkan kepala. Selepas mengemas barang, aku meminta izin untuk keluar. Aku pergi mencari rakan-rakanku yang lain. Aku, Eliz dan Yanie ditempatkan dalam satu blok. Manakala Ieka dan Wirda ditempatkan dalam satu blok. Minggu itu kami belum memulakan pembelajaran kerana mengikuti minggu orientasi.

**********

MINGGU orientasi telah selamat kami lalui dengan pelbagai kenangan yang sukar dilupakan. Kami telah dibahagikan kepada beberapa set kuliah. Kami semua berlainan set kuliah kecuali Eliz dan Wirda yang mendapat set yang sama. Aku, Nanie, dan Huda berada dalam satu set kuliah, mereka semua adalah pelajar dari sekolah lamaku.

“Nanie, dah salin jadual belum?”tanyaku pada Nanie yang duduk di sebelahku.

“Dah. Tapi, jadual kuliah je sama tau. Sebab kita tak satu tutorial,”kata Nanie.

“Takpe, kita satu tutorial. Aku dah ambil jadual,”kata Huda.

Mujurlah mereka semua ada bersamaku. Kalau tidak, sukar juga untuk aku membiasakan diri di sini. Jadual perkuliahan yang agak padat membuatkan kami sentiasa sibuk. Tambahan pula dengan cuaca panas di Perlis membuatkan kami berasa kurang selesa. Malahan minggu pertama aku belajar di sini, aku mengalami demam yang agak teruk. Begitu juga kawan-kawanku yang lain.

**********

“MAYA, malam nie ada perjumpaan Islamic Center. Jom, pergi,”ajak Ieka. 
    
Aku mengangguk, tanda setuju. Aku turut mengajak ahli-ahli bilikku yang lain namun mereka menolak dengan baik. Malam itu, kami berlima pergi ke perjumpaan Islamic Center tersebut. Rupa-rupanya perjumpaan malam itu adalah untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sessi ini.

“Wirda, kau tak nak jadi ajk ke? Nanti aku cadangkan,”kataku.

“Janganla Maya,”tolaknya.

Tanpa memperdulikan kata-katanya itu, aku bangun dan mengangkat tangan.

“Saya cadangkan Wirdatul Hirda,”kataku.

Selepas disokong oleh Eliz dan Yanie, Wirda diterima menjadi ajk. Ieka, awal-awal lagi kami telah cadangkan sebagai bendahari.

“Maya, aku cadangkan kau pula ek,”kata Wirda.

“Kalau kau nak kena, kau cadangkanla,”gertakku.

Mendengar kata-kataku, Wirda membatalkan hasratnya. Sebenarnya, aku kurang berminat untuk memegang jawatan kali ini. Sementara perlantikan diteruskan, aku berbual-bual dengan Wirda. Sedang aku berbual-bual, aku terasa seperti ada orang sedang memerhatikanku. Pada mulanya aku hanya membiarkan sahaja, namun lama-kelamaan aku menjadi semakin tidak selesa.

Apabila aku menoleh ke kiri, seorang pelajar lelaki yang duduk di baris belakangku sedang memandangku. Berkulit hitam manis, berkumis nipis dan bercermin mata, pelajar itu tidak pula mengalihkan pandangannya walaupun menyedari aku memandangnya.

“Wir, budak belakang nie pandang aku semacam jela,”aduku pada Wirda.

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts