Friday, January 8, 2010

[12: eXaM oH eXaM]

“Erm, lagi dua minggu nak exam. Cuakla pulak,”kataku sewaktu perjalanan pulang dari makmal.

“Apa yang kau nak risaukan. BM? Kimia? Kan kau terer semua tu,”ujar Arif.

“Banyakla kau punya terer. Addmath aku camne,”balasku.

“Ala, kita belajarlah sama-sama. Jasmin pun ada kan,”katanya.

Aku mengangguk, menyetujui pendapat Arif tersebut. Kami beriringan pulang ke kelas sambil berbual-bual mengenai peperiksaan yang bakal tiba.

“Maya, Shah..”kata Arif tiba-tiba.

Aku terus mengangkat muka memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Arif. Ternyata Shah sedang berjalan berlawanan arah dengan kami. Dia yang menyedari kami kelihatan serba tidak kena juga nampaknya. Kami hanya bertukar senyuman apabila bertembung.

“Ehem, ehem. Bertukar-tukar senyuman nampak,”usik Arif.

“Ish, kau ni!”aku menyinggungnya.

Dia hanya ketawa sambil menanyakan pandanganku  tentang Shah. Aku mengelak dengan mengatakan yang dia sama seperti pelajar lelaki lain yang kukenali. Namun, Arif hanya tesenyum sinis dengan jawapanku.


“Tak nak bagi Shah request ke?”tanya Arif.

Aku diam, berfikir sejenak. Sebenarnya aku takut dengan penerimaan Shah nanti. Tambahan pula, aku tidak pernah memberi request kepada orang lain selain kawan-kawanku.

“Bagi ajela. Bukannya selalu,”tambah Arif lagi.

Akhirnya aku bersetuju untuk memberikannya request. Memandangkan peperiksaan sudah semakin hampir, aku memberinya ‘mug’ yang bertulis perkataan ‘good luck’.

“Maya, kau bagi request kat Shah tak?”tanya Liesa.

“Bagi. Kau bagi kat Arm?”tanyaku.

“Bagi. Jasmin pun bagi kat Ben,”jawabnya.

Aku senyum sambil mengangguk. Arm, atau nama sebenarnya Syed Muhaimin juga adalah pelajar berlainan jurusan dengan kami. Aku sendiri tidak tahu sejak bila Liesa meminatinya. Kulihat Arif hanya senyum mendengar cerita kami. 

Syed Muhaimin, seorang pelajar yang sangat berwibawa. Dia banyak memegang jawatan di sekolah dan di asrama. Dia juga merupakan salah seorang pengawas di sekolah kami. Tubuhnya yang kecil membuatkan dia nampak sepadan dengan Liesa yang juga betubuh kecil. Namun, awal-awal lagi Liesa telah mengingatkan kami agar tidak mengatakan apa-apa sewaktu berhadapan dengannya.


TINGGAL seminggu sahaja lagi untuk menghadapi peperiksaan percubaan. Request juga telah diedarkan semalam. Tentunya banyak request ‘good luck’ daripada rakan-rakan sekelas dan ahli-ahli bilikku.

“Maya, Shah kirim salam. Dia kata thanks request tu,”kata Arif. 

“Dia tak marah ke, Arif?”tanyaku.

“Marah apasal pulak."

Pertanyaan itu aku jawab dengan mengangkat bahu.

"Nak tau tak? Semalam kitorang study ramai-ramai kat bilik bacaan, Shah pun ada. Kitorang ceritalah pasal request. Alanlah yang start dulu. Dia kata dia dapat banyak request dari kau. Aku pun interframela. Pastu, kau tau Shah cakap apa?”ujar Arif.

“Apa?”tanyaku.

“Dia kata, dia pun dapat. Pastu, dia keluarkan ‘mug’ yang kau bagi tu kat depan kitorang. Satu bilik bacaan tau. Dia letak kat atas meja study dia. Sesapa pun tak boleh sentuh ‘mug’ tu. Tak larat aku tengok,”cerita Arif lagi.

Tergelak aku mendengarnya. Mujurlah Shah menerima requestku dengan baik. Dalam diam, aku berterima kasih kepada Arif yang banyak menyokongku. Reaksi Shah menyemarakkan semangat aku untuk menghadapi peperiksaan nanti. Sekurang-kurangnya dia telah menjadi sumber inspirasiku.


Kad masuk peperikaan telah diedarkan hari ini. Meja-meja pun telah diatur. Kami meninjau tempat peperiksaan sambil berbual.

“Cuak gak kan walaupun cuma trial je,”kata Liesa.

“Ha’ah. Tapi diorang kata, result trial pun diambilkira untuk further study,”sambung Jasmin pula.

“Ish, ye ke?”tanyaku.

Jasmin hanya mengangkat bahu, tanda dia sendiri tidak pasti.

Sebenarnya aku amat risaukan subjek addmath  dan fizik. Aku memang lemah dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut. Mujurlah Arif dan Jasmin banyak membantuku. 

Akhirnya, peperiksaan percubaan kami lalui dengan penuh katabahan. Walaupun begitu, aku agak berpuas hati dengan segala usaha yang telah aku lakukan. Alhamdulillah, secara keseluruhannya aku dapat menjawab dengan baik.


SORRYLA kacau akak-akak semua study. Kitorang cuma nak terangkan pasal jamuan bilik kita. Wanie dah hantar kad jemputan. Rasanya semua dah dapat,kan?”kata Wanie memulakan bicara.

Kami menganggukkan kepala. Sebenarnya, sebelum ini memang kami telah dimaklumkan akan tarikh dan tempat jamuan tersebut akan diadakan. Namun, junior-junior tetap mahu mengadakan perjumpaan untuk memberi penerangan yang lebih terperinci.

“Aktiviti ngan makanan semua dah diuruskan. Jadi, tak payahla risau pasal tu,”celah Zura.

“Ada apape yang nak kitorang tolong?”tanya Murni.

“Takde. Semua dah settle. Cuma kita harap kalau ada yang tak puas hati tu, mintak maafla awal-awal,”kata Wanie lagi.

“Ala, kitorang ikut je,”kata Oja.

Kami semua bersetuju dengan Oja. Lagipun jamuan akhir tahun memang telah diserahkan kepada pelajar junior untuk diuruskan. Setelah memberi penerangan ringkas mengenai jamuan tersebut, kami memberi beberapa pandangan dan pendapat untuk dijadikan panduan. Baju  tema bilik juga diedarkan dan diwajibkan untuk memakainya pada hari jamuan nanti.


“Arif, kau dah buat jamuan bilik?”tanyaku pada Arif.

“Ala, kitorang buat simple je. Banyak sangat jamuan, lusa jamuan Kelab Math. Tak lama lagi, jamuan kelas. Pastu, annual dinner asrama pulak,”ujar Arif.

“Okla tu, boleh makan-makan,”kataku.

“Kau tu kalau pasal makan, memang nombor satu,”katanya.

Kami tertawa dengan kata-katanya itu. Padaku, jamuan-jamuan sebegini yang akan mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli kelab.

“Maya, nak pergi jamuan Kelab Math tak?”tanya Arif.

“Apasal tetiba je ajak aku nie,”tanyaku kembali.

“Takde. Diorang jual tiket for couple. Kau jadilah couple aku, kita pergi sesama. Konsep 70-an. Nak tak?”ujarnya.

“70-an. Nak pakai apa?”tanyaku yang kebuntuan.

“Kebaya ke…”jawab Arif.

“Kebaya? Aku?”terkejut aku dengan jawapannya.

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts