Thursday, January 7, 2010

[6: PeRpiSaHaN]

“Awak tak perlu tahu siapa saya. Saya telefon cuma nak bagitau awak, Amir bukanlah sebaik yang awak sangkakan. Malah mungkin awak sendiri tak pernah terfikir dia tu macam mana,”katanya.

“Minta maaflah, saya takde masa nak dengar semua nie.”belum sempat aku meletakkan gagang, dia menghalangku.

“Saya tau awak tak suka saya cakap pasal Amir tapi saya takde niat apa-apa. Saya cuma tak nak awak menyesal nanti,”sambungnya lagi.

“Terima kasihla sebab ambil berat. Antara saya ngan dia, saya tak suka ada orang lain masuk campur. Saya kenal Amir. Itu pun dah cukup,”kataku.

Sebelum meletakkan gagang, dia sempat memohon maaf daripadaku sekiranya aku kurang senang dengan caranya. Namun dia sempat mengingatkanku agar memikirkan semula apa yang telah diperkatakannya.

Aku cuba menghubungi Amir namun gagal kerana ibunya mengatakan dia tidak berada di rumah. Lama aku memikirkan mengenai perkara tersebut. Sukar untuk aku mempercayai sesiapa ketika ini. Amir sudah berjanji akan meninggalkan kegiatan yang akan membawa keburukan kepadanya. Bagiku tidak mungkin Amir akan mendustai janjinya padaku. Tapi mengapa aku asyik diberitahu mengenai perkara-perkara yang tidak mahu kudengar mengenainya?


MASUK tahun baru persekolahan, aku ditempatkan di kelas 5p1 dan di bilik kemuning. Tahun ini aku sebilik dengan Liesa, Jasmin dan seorang pelajar kejuruteraan awam bernama Farisya Eroza atau dipanggil Oja. Kami berempat menjadi kawan baik.

“Liesa, aku sekarang rasa lainla kat Amir. Apa aku nak buat ek?”tanyaku pada Liesa suatu hari.

“Aku pun tak tau nak cakap macam mana sebab aku bukannya tau sangat pasal kau ngan dia. Cuma kau fikirlah elok-elok. Kalau kau rasa kau boleh go on ngan dia, teruskanlah. Tapi kalau kau rasa tak boleh,jangan paksa diri sendiri.”katanya.

“Entahlah. Bukan aku tak sayang kat dia tapi macam-macam cerita yang aku dengar.”balasku.

“Sebenarnya, kau confuse kan? Samada nak percaya kat dia atau kawan-kawan dia,”sampuk Jasmin.

“Maya, sebenarnya terpulang kat kau je. Daripada kau asyik fikir pasal ni, kau jugak yang pening kepala. Buat satu keputusan,”kata Oja pula.

Aku menganggukkan kepala, faham dengan apa yang mereka katakan. Tidak aku nafikan, Amir adalah orang pertama yang mengajar aku erti bahagia namun kadangkala sikapnya yang panas baran membataskan pergaulanku. Dia tidak mahu aku berkawan rapat dengan mana-mana lelaki lain selainnya. Malahan ada di antara kawan-kawan lelakiku yang pernah bergaduh dengannya semata-mata tidak mahu aku terlalu rapat dengan mereka.

Seingatku, pagi itu aku ke kelas Shasha untuk mengulangkaji pelajaran seperti biasa. Hari itu kurasakan seperti tiada apa yang berlaku, namun Izzat yang selalunya mengusikku hanya diam seribu bahasa.

“Izzat, apasal kau diam je hari ni? Selalu kalau tak usik Maya satu hari tak boleh hidup,”tegur Shasha.

Izzat hanya diam tanpa menjawab. Aku yang mula merasakan ada yang tidak kena bangun dan menghampirinya. Izzat menoleh ke arah lain apabila aku duduk di sebelahnya.

“Izzat, kenapa ngan kau ni? Aku ada buat salah ngan kau ke?”tanyaku.

“Takde apa-apa.”jawabnya ringkas.

Aku memandang Munir, meminta penjelasan. Maklumlah, Munir sebilik dengan Izzat. Namun belum sempat Munir membuka mulutnya, Izzat mencelah.

“Aku takde apa-apa. Aku cuma takde mood sikit hari ni,”katanya sambil bangun, hendak melangkah keluar.

Aku segera menahannya. Agak tergamam seketika apabila menyedari mukanya bengkak dan lebam. Dia mengalihkan pandangannya apabila aku memandangnya meminta kepastian.

“Amir pukul dia malam tadi. Salah aku, aku cakap yang Izzat tu ada hati kat kau. Sebenarnya aku memain je. Tak sangka pulak jadi macam tu,”jelas Munir tanpa dipinta.

“Amir?”tanyaku dan Izzat mengangguk mengiakan.

“Bukan salah Munir jugak. Kan aku pernah cakap aku suka kat kau. Tapi, itulah sekali aku cakap. Aku dah cakap sekali dan aku takkan cakap lagi,”kata Izzat.

“Izzat, kita kan kawan. Amir tak patut buat kau macam nie,”keluhku, kesal.

Izzat hanya menggelengkan kepalanya. Sejak itu, hubungan aku dan Izzat agak dingin namun kami masih berkawan seperti biasa. Bezanya dia tidak lagi sering mengusikku seperti dahulu.

Setelah berfikir semalaman, aku mengambil keputusan untuk berpisah dengannya. Memandangkan masih banyak yang perlu kami tempuhi aku nekad dengan keputusanku. Aku menuliskan sepucuk surat untuk Amir kerana aku tahu aku tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengannya.

Aku menyerahkan surat itu kepada Shasha keesokan harinya. Shasha menyatakan rasa kesalnya namun dia juga memberitahu yang dia juga ada mendengar berita yang kudengar mengenai Amir. Dia juga berjanji akan menolongku menyerahkan surat itu kepada Amir.


“MAYA, kau ada buka website sekolah tak?”tanya Eryn, rakan sekelasku.

“Takde. Kenapa?”tanyaku kembali.

“Amir ada buat announcement. Dia nak jumpa kau. Dia nak tau apasal tetiba je kau nak clash ngan dia,”jawapan Eryn membuatkan aku terdiam.

“Hari tu, dia ada jumpa aku. Dia suruh aku bagitau kau dia nak jumpa kau. Macam dah tak betul je aku tengok dia tu,”komen Eryn lagi.

Aku hanya senyum, yang agak dibuat-buat. Sebenarnya, aku masih tidak bersedia untuk berhadapan dengan Amir dalam masa terdekat ini kerana takut dia dapat mengubah keputusanku nanti.

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts