Thursday, January 7, 2010

[8: PeLuaNg]

“ALAN, mana kertas request?”tanyaku pada Alan.

Alan telah menjadi ketua tingkatanku tahun ini. Kami tidak lagi berada dalam satu kumpulan namun dia berada dalam kumpulan yang bersebelahan denganku. Dan persahabatan kami terus utuh.

“Tadi ada kat Eliz. Cuba kau minta kat dia,”jawab Alan.

Aku menganggukkan kepala dan bangun menuju ke meja Eliz. Kulihat dia sedang menulis request.

“Eliz, nanti kau bagi kat aku ek?”pesanku.

Selepas itu, aku kembali ke tempat dudukku. Oh ya, tahun ini aku sekumpulan dengan Nisa, Aliza dan Arif. Aku ditempatkan di sebelah Arif. Arif Iskandar, seorang pelajar yang tidak banyak bercakap. Disebabkan aku tidak berapa rapat dengan Arif, aku selalu ke tempat Liesa dan Jasmin apabila ada masa lapang.

“Maya, pinjam buku BM kau jap,”pinta Arif.

“Kalau kau nak salin nota, cakap awal-awalla. Aku tak siap lagi, tapi tinggal sikit je,”kataku.

“Takpe, nak tengok sikit je,”balasnya.

Aku menghulurkan buku notaku kepadanya. Selepas buku tersebut bertukar tangan, Arif terus membuka dan membacanya. Pada pandanganku, dia terlalu kuat belajar. Tidak lama aku memikirkan Arif apabila Eliz datang menyerahkan kertas request. Eliz berlalu setelah aku mengucapkan terima kasih.

“Maya, jangan lupa bagi aku request,”pesan Alan.


“Yela, mana pernah aku miss bagi kau request,”jawabku sambil tersenyum.

“Arif, kau nak request tak?”tanyaku pada Arif yang masih lagi membaca.

“Kau nak bagi ke? Ok gak, nanti aku bagi kat kau jugak,”jawabnya tanpa mengangkatkan muka.

Selepas aku dan Arif mengisi borang request, Eryn pula datang memintanya. Tidak lama kemudian, kami bergegas ke makmal kimia. Aku berjalan bersama-sama Liesa dan Jasmin. Di pertengahan kami terserempak dengan Amir.

“Maya, Amir nak cakap sikitla,”katanya.

Sorry, saya ada makmal ni,”katanya tanpa memperdulikannya.

Sebenarnya, aku masih lagi tidak bersedia untuk berhadapan dengannya. Liesa dan Jasmin hanya berpandangan sesama sendiri. Amir hanya memandang aku berlalu.


“Maya, aku rasa ada baiknya kau jumpa Amir. Daripada kau biarkan dia macam tu. Aku rasa dia mesti tak tau apa-apa pasal budak-budak yang call kau tu,”cadang Liesa sebaik kami sampai di kelas.

“Entahlah, Liesa. Bukan aku tak nak jumpa dia. Tapi aku takut,”kataku.

“Apa yang kau nak takutkan. Lagipun sampai bila kau nak elakkan diri dari dia? Kita nie satu sekolah. Pusing-pusing jumpa jugak. Ada setahun lagi sebelum kita keluar dari sekolah ni. Larat ke kau nak cari alasan setiap kali jumpa ngan dia?”tanya Liesa lagi.

Aku diam, namun melepaskan sebuah keluhan kecil. Aku sedar kebenarannya namun aku takut berjumpa dengannya akan membuatkan aku menukar semula keputusanku untuk berpisah dengannya. Kata-kata Liesa ada benarnya. Sekarang aku mungkin dapat mengelakkannya kerana Amir tidak mendapat tempat di asrama. Namun aku harus berhadapan dengannya di sekolah.

“Kau tak nak jumpa dia jugak ke?”tanya Liesa lagi.

“Nantilah, Liesa. Kalau aku rasa aku dah betul-betul sedia nak jumpa dia, aku jumpalah dia. Tapi kau kenalah tolong aku,”kataku.

Liesa menganggukkan kepalanya, setuju dengan apa yang kukatakan. Aku pula yang diam memikirkan semula apa yang telah kukatakan sebentar tadi.


MINGGU peperiksaan berlalu dengan seribu kepuasan. Setelah berhempas-pulas dengan peperiksaan, kami mulai sibuk dengan Hari Kecemerlangan Akademik yang akan diadakan awal bulan depan. Pada hari tersebut, ibu bapa akan datang untuk menandatangani kad kemajuan peperiksaan. Pada hari tersebut juga akan diadakan pertandingan bilik asrama terceria, malahan asrama akan dibuka untuk lawatan semua pelajar.

“Maya, ada dengar tak pasal khemah bahasa?”tanya Arif suatu hari.

“Anjuran siapa?”tanyaku kembali.

“PBM. Hujung bulan ni tau. Aku kena pergi. Rasanya Liesa pun sama,”katanya.

Segera aku mendapatkan Liesa. Benarlah dia juga dikehendaki mengikuti Khemah Bahasa tersebut. Aku mengajak Liesa berjumpa dengan guru penasihat persatuan supaya membenarkan aku turut menyertai perkhemahan tersebut. Pada mulanya, aku tidak dibenarkan pergi kerana rata-rata pelajar yang dikehendaki pergi adalah pelajar-pelajar yang agak lemah dalam matapelajaran Bahasa Melayu sedangkan aku agak baik dalam subjek tersebut. Namun, setelah berbincang aku dibenarkan menyertai perkhemahan tersebut.


HARI ini kami tiba di Kem Mestika Safa untuk mengikuti perkhemahan anjuran PBM ini. Jasmin, Oja dan Alan telah ke Ulu Bendul untuk mengikuti perkhemahan PBSM. Kebetulan aku, Liesa, Eliz dan Shima ditempatkan dalam satu kumpulan.

Selain kami, ada lagi enam orang pelajar lelaki dan salah seorang daripadanya adalah Shah. Shah Fakhrul Akhtar, presiden KRS yang memang dikenali ramai. Seorang yang tinggi, berkaca mata, sentiasa serius dan kurang bergaul dengan pelajar perempuan. Cuma aku agak kurang menyenanginya kerana dia sering mengenakanku setiap kali perjumpaan KRS.

“Malam nanti ada persembahan setiap kumpulan. Jadi, saya harap setiap kumpulan sudah bersedia dengan persembahan masing-masing.”kata guru penasihat persatuan.

Ketika itu kami sedang berada di dalam dewan untuk mendengar taklimat bagaimana menjawab soalan komsas dengan baik. Shah yang tidak kusenangi itu duduk di sebelahku kali ini. Entah apa anginnya. Aku yang agak meluat dengannya terpaksa bersabar. Masakan tidak, hampir setiap masa dia akan mengusikku.

Selepas makan malam, kami berkumpul untuk membincangkan tugasan yang telah diberi. Kami diberi tajuk ‘Peminangan Puteri Gunung Ledang’ dan kami diminta menyampaikannya dalam apa jua persembahan. Kami memilih untuk mempersembahkan dalam bentuk syair dan pentomin.

“Kelakar betulla persembahan tu. Tak tahan aku nak gelak,”kata Pojie sebaik sahaja kami selesai membuat persembahan.

“Betulla. Lagi-lagi Shah. Tak sangka dia macam tu,”sambung Liesa sambil turut ketawa.

Kami semua tertawa. Persembahan tersebut telah disampaikan dengan baik. Cuma terdapat beberapa babak yang membuat kami tidak dapat mengawal diri untuk ketawa, apatah lagi dengan lakonan spontan Shah yang benar-benar mencuit hati. Selepas semua kumpulan selesai membuat persembahan, kami diberi taklimat mengenai aktiviti ‘jungle-trekking’ yang akan diadakan esok hari.


“Ish, menyampah betul aku dengan budak Shah tu. Apasalla aku dapat satu kumpulan dengan dia?”kataku sebaik kami dibenarkan masuk ke bilik.

“A’ah, dahla suka kacau kau.”sambung Shima pula.

“Malang betulla nasib aku,”kataku seraya merebahkan badan ke katil.

“Kau jangan Maya. Kang kau suka kat dia, tak pasal-pasal je,”usik Liesa.

What? Shah tu, terima kasih ajela. Ramai lagi lelaki lain dalam dunia nie selain lelaki kayu yang menyampah macam dia tu,”bidasku.

“Wah, nampaknya kau betul-betul menyampah ngan dia. Tapi tak mustahil kalau satu hari nanti korang boleh jadi pasangan paling bahagia kat sekolah ni,”giat Eliz pula.

“Banyakla bahagia korang. Entah-entah yang paling merana adala,”balasku.

Mereka tertawa dengan kata-kataku itu. Murni yang baru masuk terus sahaja menyertai kami.

“Kenapa, ada cerita best ke?”tanyanya.

“Ada...”belum sempat Liesa bercerita, sebiji bantal telah mengenainya.

Aku bangun, mengambil tuala dan menuju ke bilik air. Malas mahu mendengar nama Shah lagi. Sedang mandi, aku terdengar suara mereka tertawa.

“Betulla Maya. Aku tengok Shah tu macam ada hati kat kau je. Bagila dia peluang,”kedengaran suara Murni semasa aku melangkah keluar dari bilik air.

“Wei, dahla. Aku nak tidur. Selamat malam,”balasku.

No comments:

Post a Comment

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts