Friday, January 8, 2010

[17: KePuTuSaN]

HAMPIR dua bulan SPM berlalu. Dua bulan jugalah aku berada di rumah. Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan peperiksaan yang berlalu. Malahan, dua hari sebelum peperiksaan bermula, Shah datang menemuiku.

“Assalamualaikum,”tegurnya.

“Waalaikumussalam. Eh,Shah,”jawabku.

Ketika itu, aku sedang berbual-bual dengan Arif di tepi bangunan kelasku. Maklumlah, selama ini masing-masing sibuk menelaah, jadi hari-hari terakhir begini kami memutuskan untuk berehat sebentar. Arif yang hendak beredar dengan kehadiran Shah tidak jadi berbuat demikian kerana aku memegang hujung lengan bajunya.

“Erm, sorryla kalau mengganggu,”kata Shah.

“Takdelah, kitorang sesaje je duduk sini. Release tension jap,”jawab Arif.

Aku hanya mengiakan.

“Maya, saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah ngan awak. Manalah tau, tanpa saya sedar, kan? Lagipun, SPM pun dah dekat,”kata Shah lagi.

“Yang dah lepas tu, lepaslah. Saya pun minta maaf gak kalau ada buat salah ngan awak,”kataku pula.

“Er, macam pelikla pulak korang ber‘saya-awak’ nie,”sampuk Arif.

“Ops, sorry. Tak biasalah. Takpelah, juz nak wish good luck for SPM nie,”kata Shah.

“Erm, samalah. Good luck jugak,”kataku.

Setelah itu, dia bangun dan meninggalkan kami. Sepanjang peperiksaan agak jarang kami bertemu kerana kami mengambil peperiksaan di tempat yang berlainan.  


“Kak!”panggilan ibuku mencantas lamunanku.

“Apa?”jawabku.

Apabila turun, ibuku menunjuk ke arah telefon yang terletak di tepi tangga.

“Hello, assalamualaikum,”kataku.

“Waalaikumussalam. Hey girl,”sapa satu suara yang amat kukenali.

“Arif!”hampir terjerit aku mendengar suaranya.

“Maya, esok result keluar. Jom pergi ambil sama-sama,”kata Arif.

“Ala, takutla Arif. Tapi ok jugak, lama tak jumpa korang semua,”jawabku.

“Aku pun takut jugak. Takpelah, aku ajak Alan ngan yang lain-lain. Kau ajakla Liesa, Jasmin, Ieka, ngan yang lain-lain. Kita jumpa kat sekolah pukul 11, ok?”pesannya.

“Kalau macam tu, okla. Kita jumpa esok,”kataku.

Bye, assalamualaikum,”balasnya.

Setelah menjawab salamnya, aku meletakkan gagang ke tempat asalnya. Perbualan hari itu terlalu ringkas. Tidak seperti biasa, kami akan berbual tidak kurang daripada setengah jam. 

“Nak apa budak Arif tu?”tanya ibuku.

Ibuku memang mengenali Arif kerana dia sering menelefonku, malahan sewaktu hari terakhir peperiksaan dia turut mengemaskan barang-barangku ke dalam kereta. Sikap Arif membuatkan ibuku senang aku berkawan dengannya.

“Esok result keluar. Dia ajak akak pergi ambil sekali. Boleh?”tanyaku.

“Pergilah. Jangan balik lambat,”pesan ibuku.

Alright,”jawabku.

Malam itu, ramai kawan-kawanku menelefon. Aku menyampaikan pesan Arif kepada mereka. Malam itu juga, aku sukar melelapkan mata. Aku amat bimbangkan keputusan yang bakal kuterima. Aku bimbang sekiranya aku akan mengecewakan kedua ibu bapaku. Dalam memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku, aku terlelap jua akhirnya.


Keesokan harinya, aku bangun awal untuk bersiap ke sekolah. Setelah menyalami kedua ibubapaku, aku melangkah keluar dari rumah dengan debaran yang kian hebat di dada.

“Hai, dah lama tunggu?”tegurku pada Jasmin yang berdiri di hadapan bangunan McDonalds.

“Hai. Takdelah lama sangat,”katanya sambil tersenyum.

“Ish, Liesa tak sampai lagi?”tanyaku.

“Belum lagi. Dia kata dia datang ngan Shima,”jawab Jasmin.

Aku mengangguk. Dari jauh, kelihatan Ieka, Eliz dan Wirda berjalan menghampiri kami. Kami duduk berbual-bual sementara menunggu Liesa dan Shima.

“Hai, sorry lambat,”tegur Liesa.

“Dahla, jom. Lama-lama tunggu, makin takut pulak,”kata Ieka.

Kami tertawa dengan kata-kata Ieka itu. Sejenak hilang rasa takut yang mencengkam hati. Kami segera menaiki bas untuk ke sekolah. Dalam perjalanan tersermpak dengan pelajar-pelajar sekolah kami yang turut ke sekolah.

“Maya!”tegur salah seorang di antara mereka.

“Eh, Mirul. Hai, lama tak jumpa,”jawabku.

“Nampak confident je,”usiknya.

“Banyakla awak punya confident. Takut ni tau,”kataku, jujur.

“Ala, semua orang pun takut. Eh, good luck ek,”kata Mirul lagi.

Thanks. Good luck jugak,”balasku.

“Ok. Eh, kengkawan saya kirim salam kat awak,”kata Mirul sambil menunjuk ke arah kawan-kawannya.

Aku mengangguk sambil tersenyum kepada mereka. Pandanganku terhenti pada Amir. Dia hanya memandangku tanpa sebarang reaksi. Aku tunduk apabila pandangan kami bertaut.



“Eh, Arif tunggu kita kat mana?”tanya Ieka.

“Entah, dia cuma cakap dia tunggu kat sekolah,”jawabku.

“Kita ambil slip kat mana?”tanya Jasmin.

“Kantin, kalau tak silap. Jom,”ajak Liesa.

Kami melangkah beriringan ke kantin.

Sudah ramai pelajar yang memenuhi kantin untuk mendapatkan slip keputusan masing-masing. Debaran di dada yang mulai reda, berkocak kembali dengan lebih hebat. Lebih-lebih lagi setelah melihat gelagat rakan-rakan yang telah mendapat slip masing-masing. Dalam debaran aku melangkah ke meja guru untuk mendapatkan slip keputusanku.

“Erm, Mariatul Fathihah.”tegur En Sabri, mentor kelasku.

Aku yang menahan debaran di dada hanya mampu tersenyum ke arahnya. Dia senyum sambil mencari slip keputusanku. Aku menanti dengan penuh kesabaran.

“Maria, macam nie keputusan kamu? Saya ingatkan awak boleh dapat lebih baik daripada ni,”keluhnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Kenapa, cikgu?”tanyaku dalam terkejut yang amat sangat.

“3 je..”

“3 je?”potongku, kecewa.

“3 je yang tak dapat A. Tahniah, 7A,”katanya.

Hilang sebentar semangatku sebentar tadi. Kulihat En Sabri tersenyum dengan ulahku. Aku mengucapkan terima kasih dan mengambil slip keputusanku.

“Camne?”tanya Jasmin.

Aku memaklumkan keputusanku kepadanya. Dia mengucapkan tahniah kepadaku. Jasmin juga mendapat 7A. Liesa agak kecewa dengan 5A yang diperolehinya namun dia turut mengatakan kegembiraannya dengan keputusan kami. Kawan-kawanku yang lain juga mendapat keputusan yang baik, kerana keseluruhannya tiada rakan-rakan sekelasku yang mendapat keputusan kurang daripada 3A.

“Assalamualaikum,”tegur Arif yang baru sampai.

“Waalaikumussalam. Janji pukul berapa, Yang Berhormat Datuk Arif?”tanyaku.

“Mintak sorry bebanyak. Ni semua Alan punya pasal, lambat sangat,”jawab Arif.

“Ala, sorryla. Tadi ada problem sikit,”kata Alan.

“Takde sorry-sorry. Lambat, kan? Nanti belanja kitorang makan,”balasku.

Alan ketawa dengan usikanku. Dia, Arif dan pelajar-pelajar lelaki kelas kami pergi ke meja guru untuk mendapatkan slip keputusan masing-masing.

“Maya, kau dapat berapa?”tanya Arif, memegang slip keputusannya.

“Kau?”tanyaku kembali.

“Aku tanya dulu, kan?”desaknya.

“3 je..”sengaja kubiarkan ayatku tergantung di situ.

Yes!”teriaknya.

“Yang tak dapat A,”sambungku.

“Ish, kalah lagi,”katanya sambil menumbuk meja.

Liesa, Jasmin, Ieka dan beberapa orang kawan-kawanku yang sedang berbual menoleh ke arah kami, terkejut dengan tindakan Arif agaknya.

“Wei, rilekslah. Apasal emosional sangat,”tegur Liesa.

“Ops, sorry,”kata Arif.

“Tula kau. Emosi tak terkawal,”balasku sambil ketawa.

“Ala, tak sengajala. Maya, aku nie asyik kalah ngan kau je. Bila kau nak bagi aku menang pulak?”tanya Arif.

“Ala, gagal sekali bukan bermakna takkan gagal lagi,”jawabku.

"Cis!"Arif mencebik. 

Kami tertawa, lega dengan keputusan peperiksaan ini. 

DUA hari selepas itu, aku mendapat panggilan daripada Amir. Dia mengajakku bertemu dengannya. Walaupun aku berkeras tidak mahu pada mulanya, namun Amir sungguh-sungguh memujukku agar datang bertemu dengannya. Akhirnya aku mengalah dan mengatakan yang aku akan datang bertemu dengannya.

"Amir tunggu sampai Maya datang."

Ayatnya yang terakhir mengundang memori yang lama tersimpan di benakku. 

1 comment:

  1. oh-my-god.

    best nya cerita ni. should know early bout dis.
    n apparently, my name is arif.

    looking forward ngn arif. any kind of ending, i will accept it. hehe..

    ReplyDelete

kNowiNg mE

My photo
Suka menulis, suka membaca, tapi kadang2 malas nak hapdet belog..

Popular Posts